Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertahankan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood.
regular dividendividen tetapPentadbiranTiadaDividen tetap yang dijangka boleh dipertahankan untuk jangka panjang.
legitimate expectationsharapan sahUndang-undangTiadaJangkaan seseorang yang boleh dipertahankan di sisi undang-undang berdasarkan tindakan pihak pentadbiran bahawa dia akan mendapat sesuatu hak.
hypothesishipotesisKesusasteraanTiadaGagasan atau fikiran, inti tentang sesuatu, yang menjadi pusat untuk dibincang dan dipertahankan dalam sesebuah karangan atau tulisan.
hot wire analyzerpenganalisis dawai panasKejuruteraanPetroleumPeranti mengandungi titian Wheatstone dan dua lengan yang dipertahankan supaya tetap panas. Berguna bagi mengesan gas hidrokarbon yang keluar dari permukaan lumpur penggerudian. Data yang dicatat kadangkala diplot sebagai log jalur tetapi biasanya hanya menunjukkan kehadiran gas sahaja. gas hidrokarbon akan teroksida apabila melalui salah satu lengan panas yang akan meningkatkan suhunya, mengubah rintangannya dan akhirnya menyebabkan titian tidak seimbang.
overvaluedterlebih nilaiPentadbiran PerniagaanTiadaHarga sesuatu sekuriti yang dinilai lebih tinggi daripada sepatutnya dan tidak boleh dipertahankan kerana tidak disokong oleh kedudukan kewangan dan perolehan yang teguh.
adaptationsaduranKesusasteraanPuisiPengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi.
liquid-level controllerpengawal aras cecairKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk mengawal aras cecair yang terdapat di dalam sesebuah tangki dengan menggunakan suis penggerak elektrik atau suis penggerak pneumatik untuk membuka dan menutup injap buang atau injap alur masuk supaya aras cecair di dalam tangki dapat dipertahankan untuk tetap berada pada aras yang telah ditentukan.
Newronain fluidbendalir NewtonanKimiaTiadaBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
Newronain fluidbendalir NewtonanKejuruteraanPetroleumBendalir yang paling dasar yang paling mudah yang daya ricihnya berkadar terus dengan kadar ricih. Bendalir ini akan mula bergerak apabila tekanan atau daya yang bertindak ke atasnya melebihi sifar. Bendalir Newtonan memiliki nilai kelikatan yang tetap pada semua nilai ricih selagi suhu dan tekanan dipertahankan tetap. Contoh-contoh bendalir Newtonan adalah air, minyak diesel dan geliseran. Nilai alat untuk bendalir Newtonan ditentukan dengan menggunakan alat meter kelikatan penunjukan terus dengan memberikan nilai sifar. Kebanyakan bendalir penggerudian adalah bendalir bukan Newtonan yang kelikatannya tidak tetap tetapi berubah-ubah bergantung pada nilai ricih.
12

Kembali ke atas