| caesura | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Hentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi. |
| oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan atau penulisan dalam penciptaan sesebuah puisi, penyairnya menggunakan teknik gabungan, sama ada diksi atau frasa yang temyata memang tidak sesuai atau serasi malah dirasakan bertentangan pula ertinya. Tujuan penggunaan oksimoron adalah untuk mencapai kesan retorik yang khusus. Contohnya, seperti di bawah. racun yang diminumnya dirasakan sebagai penawar |
| angialgia | angialgia | Perubatan | Tiada | Sakit yang dirasakan dalam salur darah. |
| angina | angina | Perubatan | Tiada | Nyeri yang dirasakan di bahagian tengah atau kiri dada yang disebabkan oleh iskemia otot jantung. Ia merupakan gejala penyakit jantung iskemia. Ia boleh merebak pada bahu dan lengan kiri, tengkuk dan dagu. Ia boleh disertai dengan berdebar, berpeluh-peluh, rasa loya, dan sukar bernafas. Keadaan ini biasa berlaku semasa penggunaan tenaga yang banyak dan dapat dipulihkan dengan mengambil ubat nitrat atau berehat. Angina boleh berlanjutan sehingga menjadi serangan jantung. |
| aura | aura | Perubatan | Psikiatri | Perasaan yang subjektif dirasakan sebelum seseorang mendapat serangan sesuatu penyakit, seperti dalam penyakit epilepsi. |
| amelioration | ameliorasi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Proses perubahan makna yang dirasakan sesuai dengan masa dan membawa pengertian yang lebih baik. Contoh: kata isteri dianggap lebih baik dari kata bini dan suami lebih baik daripada kata laki. |
| sensation | penderiaan | Biologi | Fisiologi | Gerak balas yang ditunjukkan atau dirasakan oleh organ deria atau organ-organ lain akibat sesuatu pengalaman atau rangsangan luar. |
| apparent loss | kerugian ketara | Biologi | Patologi | Kerugian yang dapat dirasakan secara langsung, oleh orang, atau pihak tertentu seperti pihak yang trlibat dalam pengangkutan, cukai, pengedar dan lain-lain, dalam bentuk wang ringgit akibat serangan penyakit tumbuhan. bd. kerugian tak ketara. |
| real loss | kerugian nyata | Biologi | Patologi | Kerugian yang dapat dirasakan secara langsung oleh petani dalam bentuk wang ringgit, akibat serangan penyakit terhadap tanamannya. |
| dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |