| field moisture equivalent | setara lembapan tanah | Kejuruteraan | Tiada | yang setara ketika setitik air dititikkan ke atas tanah yang halus. |
| Portulaca oleracea | gelang pasir | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba yang kecil dan bercabang banyak dalam famili Portulacaceae. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di merata tempat terutama di ladang tanaman dan kawasan berpasir. Batangnya sukulen, licin dan berwarna merah. Daunnya tersusun berselang, tebal, dan berbentuk bulat dan sesil. Bunganya berwarna kuning pada jambak tanpa tangkai yang keluar di celah daun. Buahnya berbentuk kapsul mengandungi banyak biji. Jus daunnya dititikkan pada mata untuk mengubati sakit mata. Tumbuhan ini juga dibuat ubat pupuk untuk mengubati kulit melecur dan penyakit kulit lain. Gelang pasir mengandungi banyak b-karotena, provitamin A dan kalsium. Daunnya lembut dan boleh dibuat sayur. |
| Oxalis corniculata | sikup dada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba kecil dan merayap dalam famili Oxalidaceae dan dikenali juga sebagai sekap dada atau semanggi gunung. Tumbuhan ini tumbuh melata di taman, di halaman rumah dan di dalam pasu. Batangnya kecil lembut dan berbulu. Daunnya jenis majmuk, bertangkai kecil dan panjang serta mengandungi tiga anak daun. Anak daun nipis berbentuk seperti jantung terbalik dan berlekuk dalam di hujungnya. Bunganya kecil berwarna kuning. Buahnya jenis kapsul mengandungi biji kemerah-merahan. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengurangkan panas badan. Daunnya juga dibuat kumur untuk sakit mulut dan gusi. Jus daun dititikkan ke mata untuk mengubati sakit mata dan gatal kelopak mata. Jus daun juga diminum untuk melegakan batuk. |
| Calotropis gigantea | remigu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman. |