| tembusu (Fagraea fragrans) | tembusu (Fagraea fragrans) | Pertanian | Tiada | Tiada |
| nutmeg (Myristica fragrans) | buah pala (Myristica fragrans) | Geografi | Tiada | Pokok yang berasal dari Kepulauan Molucca, buahnya menghasilkan sejenis biji yang berbau wangi yang digunakan sebagai rempah dalam masakan. |
| nutmeg (Myristica fragrans) | buah pala (Myristica fragrans) | Pertanian | Tiada | Tiada |
| nutmeg (Myristica fragrans) | buah pala (Myristica fragrans) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| Clerodendron fragrans | setumpuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. |
| Fragraea fragrans | tembusu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Fagaceae yang dikenali juga sebagai tembusu hutan, tembusu padang dan tembusu tembaga. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk bujur. Bunganya yang kecil keluar di ketiak daun, berwarna kuning jingga dan berbau wangi. Buahnya bulat, kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan di tepi jalan. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid, minyak pati dan triterpenoid. Air rebusan daun dan rantingnya diminum untuk merawat disentri. Air rebusan daun bersama buah diminum untuk merawat demam panas. Seduhan daripada kulit pokok diminum untuk penjagaan kesihatan, merawat demam panas, demam kuning, mencuci kudis buta dan untuk melancarkan haid. |
| Tembusu | Fragraea fragrans | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Fagaceae ini juga dikenali sebagai tembusu hutan, tembusu padang dan tembusu tembaga. Tumbuhan ini jenis pokok. Daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur. Bunganya kecil keluar di ketiak daun, berwarna kuning jingga dan berbau wangi. Buahnya bulat, kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan di tepi jalan. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid, minyak pati dan triterpenoid. Air rebusan daun dan rantingnya diminum untuk merawat disentri. Air rebusan daun bersama buah diminum untuk merawat demam panas. Seduhan daripada kulit pokok diminum untuk penjagaan kesihatan, merawat demam panas, demam kuning, mencuci kudis buta dan untuk melancarkan haid. |
| iridane | iridana | Herba | Fitokimia | Sebatian monoterpena yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada satu gelang siklopentana. Iridana dikatakan telah diasingkan daripada bunga Osmanthus fragrans. |
| simple leaf | daun tunggal | Herba | Botani dan Bioteknologi | Daun yang mempunyai satu lai daun sahaja. Contohnya, daun hempedu bumi (Andrographis paniculata), daun pala (Myristica fragrans) dan daun jambu batu (Psidium guajava). |
| tembusu | tembusu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Fagraca spp. daripada famili Loganiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah meriang, di Sabah ialah temasuk. Spesies utama kayu ini termasuk Fagraea fragrans dan F. gigantea. Gubal kayu tembusu sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kekuningan dan berubah menjadi coklat jingga apabila terdedah. Tekstur kayunya halus danb= sekata dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dikemas siap dan tahan lama, tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu tembusu sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, pangkalan, lantai tahan lasak, dan papan pemotong. |