| growth hormone (GH) | hormon pertumbuhan | Perubatan | Tiada | Salah satu hormon peptida yang dirembeskan oleh pituitari anterior, yang mempengaruhi metabolisme protein dan karbohidrat secara langsung dan seterusnya mengawal atur pertumbuhan kesemua anggota tubuh. Perembesan hormon ini secara berlebihan mengakibatkan akromegali atau kegergasian manakala kekurangan hormon ini mengakibatkan kekerdilan. |
| compound pendulum | bandul majmuk | Kimia | Tiada | Sebarang jasad tegar yang tersokong untuk berayun pada suatu satah tegak di bawah tindakan daya graviti dengan sesaran sudut yang kecil. Kala T bagi bandul majmuk diberikan oleh ungkapan, k2 + h2 T = 2π gh dengan k sebagai jejari legaran jasad itu di sekitar pusat gravitinya, h sebagai jarak di antara titik sokong dan pusat graviti tersebut, dan g sebagai pecutan graviti. Frekuensi gerakan f bagi bandul majmuk diberikan oleh ungkapan, 1 gh T = 2π k2 + h2 |
| pituitary gland | kelenjar pituitari | Perubatan | Tiada | Kelenjar endokrin yang terletak di dalam sela tursika pada dasar otak. Kelenjar ini yang terdiri daripada dua lobus, iaitu lobus anterior dan lobus posterior, dihubungkan dengan hipotalamus oleh tangkai pituitari. Lobus atau pituitari anterior menghasilkan hormon, seperti GH, ACTH, ?-MSH, b-MSH, TSH, FSH, LH dan prolaktin apabila hipotalamus terangsang. Lobus atau pituitari posterior pula merupakan tempat simpanan bagi hormon oksitosin dan hormon vasopresin. |
| dynamic pressure | tekanan dinamik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tekanan bagi aliran bendalir di dalam saluran yang condong apabila tekanan di dalam saluran berubah dengan ketinggian (tekanan hidrostatik0 dan jarak pengaliran atau panjang saluran secara mikroskopik. Tekanan dinamik dijelaskan sebagai P � P0 = rgh + p, dengan p = tekanan dinamik, P = tekanan termodinamik, P0 = tekanan rujukan, gh = tekanan hidrostatik, r = ketumpatan, h = ketinggian, g = pecutan graviti. Secara makroskopik, tekanan dinamik ialah tekanan bendalir yang mengalir yang disebabkan oleh pergerakan zarah bendalir. Tekanan dinamik ini dijelaskan sebagai PD = ru2/2, dengan PD = tekanan dinamik, u = halaju, r = ketumpatan. |