Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gong it

Peribahasa

Seperti rusa masuk kampung.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gonggongPendidikanTiadaTiada
gonggongSukanTiadaSejenis alat bunyi untuk menandakan sesuatu pertandingan itu dimulakan atau dihentikan.
timer gonggong jangka(tinju)PendidikanTiadaTiada
fog gonggong kabutKejuruteraanTiadaTiada
fog gonggong kabutGeografiTiadaTiada
timer gonggong jangka(tinju)SukanTiadaTiada
gong siyemgong siyemMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saiznya lebih kecil daripada gong agung, sementara picnya lebih tinggi daripada gong agung. Gong ini diperbuat daripada gangsa dengan menggunakan acuan. Bunyi gong ini lebih bergaung daripada gong suwukan atau gong lain. Gong siyem dimainkan dalam ensembel gamelan Jawa dan Melayu.

tagungtagungMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipukul. Tagung ialah sejenis gong berbusut. Gong berbusut yang diperbuat daripada tembaga ini bersaiz besar, berbingkai sempit atau sederhana dan berdinding agak nipis. Tagung yang mempunyai register rendah, digantung dan di­pukul dengan pemukul yang berbalut. Terdapat dua jenis tagung, iaitu tagung buah dan tagung laid. Gong tagung buah menghasilkan pic yang paling rendah, sementara gong tagung laid menghasilkan pic yang tinggi sedikit daripada gong tagung buah. Kedua-dua biji gong ini dimainkan oleh dua orang pe­main secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan rentak terhasil serentak dengan bahagian rentak lain dalam ensembel sopogandangan dan ensembel gong besar. Tagung

khong wong lekkhong wong lekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan se­bagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemu­kul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat.

gong chimegong chimeMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idio­fon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Gong chime terdiri daripada beberapa buah gong kecil ber­busut yang ditiunkan dalam skel pentatonik atau skel tertentu. Set gong kecil ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunakan sepasang pemukul kayu. Lihat juga caklempong, canang, engkerumong, kulintangan, mong.

12345678910...

Kembali ke atas