| microcosm | mikrokosma | Biologi | Ekologi | Satu ekosistem percubaan yang kecil. Misalnya, sebuah bekas kaca yang mengandungi populasi hidra. |
| coral reef | terumbu karang | Perikanan | Tiada | Struktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni. |