| overgeneralization | terlebih generalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Penggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap. |
| lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping |