| Bombay duck | ikan kering Bombay | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ikan kering dari India Timur yang dihidang sebagai makanan istimewa. |
| fish (dried) | ikan kering | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ikan yang dibubuh garam dan dikeringkan. |
| anchovy | bilis | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Engraulidae, genus Stolephorus, iaitu sejenis ikan yang berbadan panjang dan berwarna hijau kebiru-biruan. Saiznya kecil, iaitu antara 2 cm hingga 40 cm. Ikan bilis terdapat di kawasan pesisiran pantai dan ditangkap menggunakan pukat jerut bilis. Ikan ini biasanya diproses menjadi ikan bilis kering. Ikan bilis juga digunakan sebagai umpan hidup untuk mengibu ikan tuna yang ditangkap dengan menggunakan batang joran dan tali pancing. Lihat juga mengibu. |
| croaker | gelama | Perikanan | Tiada | Ikan demersal daripada famili Sciaenidae, iaitu sejenis ikan yang hidup di kawasan pesisir pantai berlumpur serta berpasir. Ikan demersal ini gemar berenang secara berkumpulan mengikut musim. Ikan gelama ditangkap dengan menggunakan pukat tunda, pukat bakul atau pancing. Ikan ini memakan krustasia dan anak-anak ikan serta menjadi tumpuan pemancing pada musim tertentu terutamanya di pantai timur Semenanjung. Ikan gelama boleh dipasarkan secara kering atau diasinkan. Lihat juga ikan demersal. |
| fish cracker | keropok ikan | Perikanan | Tiada | Produk hiliran ikan yang diproses daripada isi ikan yang dicampurkan dengan tepung sagu dan garam. Campuran ini digaul, digumpal, digentel, direbus, dipotong nipis dan kemudiannya dijemur sehingga kering. |
| bonito flakes | emping bonito | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis makanan kering yang diperbuat daripada ikan bonito. |
| pengayak MS | pengayak MS | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada rotan, bemban, buluh, yang berbentuk kuali bulat, berbadan leper, berbingkai, beranyam rapat dan digunakan untuk menjemur seperti ikan bilis, ragi, nasi kering dan lain-lain. |
| dry fly bait | umpan bulu kering | Perikanan | Tiada | Umpan serangga tiruan yang ringan dan mudah terapung di permukaan air. Umpan jenis ini mampu menarik perhatian ikan yang mempunyai tabiat mencari makanan di permukaan air. |
| salting | penggaraman | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Proses mengawet makanan dengan menggunakan garam kering. Contoh makanan yang digaramkan ialah ikan masin dan sayur-sayuran seperti kubis. |
| Daphnia magna | Daphnia magna | Perikanan | Akuakultur | Sejenis zooplankton yang sangat halus dan dijadikan sebagai makanan untuk benih ikan pada peringkat asuhan juvenil. Saiz Daphnia magna lebih besar daripada moina, iaitu sekitar 800 – 5100 mikron. Daphnia magna kurang sesuai diberikan kepada rega atau benih ikan yang mempunyai saiz bukaan mulut kurang daripada 1000 mikron dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi terutamanya protein, iaitu sekitar 60% (berat kering). Apabila persekitaran tidak sesuai, Daphnia magna berupaya untuk membiak dengan sendiri dan menghasilkan telur sehingga 300 biji. |