Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikatannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electronic formulaformula elektronFarmasiTiadaFormula struktur yang ikatannya diwakili oleh titik-titik yang menunjukkan perkongsian elektron antara atomnya. Contohnya, H:H.
second ionisation potentialkeupayaan pengionan keduaKejuruteraanTiadaKeupayaan yang diperlukan untuk memisahkan elektron yang paling lemah ikatannya pada atom yang telah pun kekurangan satu elektron.
polycrystalpolihablurGeologiTiadaHimpunan butiran-butiran hablur sesuatu mineral yang tidak tentu bilangan, rupa bentuk, saiz, atau ikatannya yang sama-sama membentuk suatu jasad pepejal.
fluorocarbonfluorokarbonFizikNanoteknologiSebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol.
fusion bonded carpetkarpet cantuman ikatanKesenianHiasan DalamanKarpet yang dihasilkan dengan jumbai bulu yang disemat ke dalam campuran cecair vinil. Komponen ini bersatu untuk menghasilkan karpet yang mempunyai permukaan belakang vinil yang kedap. Tujuannya adalah untuk menghasilkan jumbai yang kuat ikatannya, yang sesuai untuk pembuatan karpet jenis pail potong.
Auger effectkesan AugerFizikAtom dan NuklearProses spontan bagi atom yang mempunyai kekosongan elektron pada petala paling bawah (K) yang melaras semula keadaannya kepada keadaan yang lebih stabil dengan mengisi semula kekosongan ini dengan elektron dari paras ikatan yang lemah (L₁). Tenaga yang dibebaskan daripada peralihan ini akan dipindahkan kepada elektron pada petala yang lebih kurang tenaga ikatannya (L₂) dan elektron ini dilecit dari atom sebagai elektron Auger.

Kembali ke atas