Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keburukannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imageimejSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan terhadap sesuatu situasi dalam persekitaran perhubungan antarabangsa yang sebahagiannya dapat difahami berasaskan persepsi pembuat dasar. Manusia bertindak dan bertindak balas berasaskan cerminan persekitarannya. Dalam proses membuat dasar, parameter tersebut merujuk kepada persepsi individu terhadap objek, fakta atau keadaan dengan menilai aspek kebaikan dan keburukannya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, seseorang pembuat dasar boleh berbeza dalam mentafsirkan sesuatu situasi. Keadaan ini disebabkan mereka tidak sama dalam pencirian sesuatu situasi yang menyebabkan kesimpulannya juga berbeza. Secara khusus, persoalan imej yang berbeza dalam perhubungan antarabangsa menjadi lebih kompleks bagi situasi konflik apabila melibatkan banyak faktor seperti kepelbagaian kepentingan, perbezaan dalam sejarah, ekonomi, sosial dan sistem nilai.
warfarinwarfarinKimiaForensikFormula kimia, C19H16O4; nama dagang, Coumadin, Panwarfin, Athrombin-K. Sejenis antikoagulan daripada sebatian kumarin yang digunakan dalam bentuk garam natrium dan kalium. Warfarin juga digunakan sebagai rodentisid. Dos terapeutik ialah 1 mg/L - 3 mg/L, manakala dos toksik adalah daripada 10 mg/L, dos maut pula adalah daripada 100 mg/L. Kesan sampingannya yang paling biasa ialah pendarahan, dan tidak seharusnya diberikan kepada ibu hamil. Watfarin berisiko tinggi terhadap pesakit yang mengalami penyakit serebrovaskular iskemik, tromboembolisme dan penyakit jantung iskemik. Kelebihan warfarin berbanding dengan heparin ialah, warfarin boleh diberikan secara oral, manakala keburukannya pula ialah masa tindakannya yang lambat.

Kembali ke atas