Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejuruteraan genetik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genetic engineeringkejuruteraan genetikPertanianAgroteknologiTeknik mengubah komponen genetik sel atau individu organisama dengan cara pembuangan, pemasukan atau pengubahsuaian gen. Kejuruteraan genetik dalam pertanian berperanan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti tanaman serta hasilannya. Contohnya, kejuruteraan genetik tumbuhan melibatkan manipulasi gen dalam keadaan terkawal terhadap sesuatu tumbuhan dengan tujuan penambahbaikan hasil, meningkatkan kandungan bahan aktif berfaedah, kerintangan terhadap penyakit dan serangan serangga perosak serta toleransi terhadap keadaan persekitaran yang melampau. Pihak MARDI misalnya, telah menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan tempoh jangka hayat bagi tanaman betik Eksotika.
genetic engineeringkejuruteraan genetikHerbaFitokimiaManipulasi secara terus ke atas gen organisma. Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan transformasi molekul. Pendekatan ini digunakan untuk memperbaik teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia melalui pengubahsuaian bakteria, pembuatan eritropoietin (EPO) dalam sel ovari hamster cina dan penghasilan mencit jenis baru seperti tikus kanser untuk tujuan penyelidikan.
genetic engineeringkejuruteraan genetikPerikananTiadaTiada
genetic engineeringkejuruteraan genetikPertanianTiadaTiada
genetic engineeringkejuruteraan genetikBiologiGenetikBidang genetik yang melibatkan manipulasi gen dan kemasukan gen tersebut ke dalam organisma yang tidak mempunyai gen itu.
cassette mutagenesismutagenesis pitaBiologiGenetikTeknik kejuruteraan genetik yang melibatkan penggantian suatu keratan DNA pada gen dengan keratan pengganti yang telah diubah. Teknik ini membolehkan penentuan kepentingan fungsi sesuatu keratan pendek DNA dalam struktur sesuatu hasil gen atau pengeskpresian gen tersebut.
genetic engineeringkejuruteraan genetikBioteknologiTiadaTeknik mengubah komponen genetik sel atau individu organisma dengan cara pembuangan, pemasukan atau pengubahsuaian gen tunggal atau sekelompok gen.
genetic engineeringkejuruteraan genetikFarmasiBioteknologi FarmasiTeknik memanipulasi maklumat genetik secara in vitro. Lihat juga klon gen, DNA rekombinan (rDNA).
optogeneticoptogenetikSTEMTiadaTeknik mengawal aktiviti neuron menggunakan teknologi optik dan kejuruteraan genetik.
somatic cell genetic engineeringkejuruteraan genetik sel somaBiologiGenetikPembaikpulihan kerosakan genetik dalam sel soma melalui penjuruteraan kerosakan genetik dalam sel soma. misalnya, penyisipan gen untuk penghasilan insulin dalam sel pankreas yang rosak. pembentulan begini tidak akan diwariskan.
12345

Kembali ke atas