| blonde (flaxon) | kuning buluh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Warna keemasan, putih kekuningan atau perang kekuningan pucat bagi rambut manusia atau warna putih pucat atau putuh kemerah-merahan bagi kulit manusia. |
| Cassytha filiformis | Tali putri | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Lauraceae ini juga dikenali sebagai cemar batu. Tumbuhan ini jenis parasit tanpa daun dan akar. Batangnya berwarna hijau kekuningan, melilit pada pokok seperti tali dan melekat pada perumah melalui haustoria. Bunganya kecil, berwarna putih kekuningan dan tersusun pada jambak bunga jenis spika. Buahnya bulat, jenis beri dan bersaiz kecil. Tumbuhan ini mengandungi kasifilin, kasitin, kasitidin, laurotitanin dan galaktitol. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan semak terbuka. Tumbuhan ini bersifat astringen dan diuretik. Air rebusan tumbuhan ini diminum untuk merawat cirit-birit, buasir, ekzema, ulser, kecacingan, masalah dalam perut, sakit kepala, malaria, demam, edema, hepatitis, masalah urinari, gonorea, sifilis dan resdung. Air rebusan digunakan secara luaran untuk merawat kegatalan kulit, pencuci mata dan melebat serta menghitamkan rambut. |
| yellows | kekuningan | Biologi | Patologi | Penyakit yang menunjukkan gejala berupa perubahan warna bahagian pucuk, atau daun menjadi kuning. Contohnya ialah penyakit kekuning pada kubis yang disebabkan oleh Fusarium oxysporum f.sp. conglutinans. |
| peat yellowing | kekuningan gambut | Pertanian | Sawit | Tiada |
| icterus | ikterus | Perubatan | Tiada | Kekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan. |
| jaundice | jaundis | Perubatan | Tiada | Kekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan. |
| icterus | ikterus | Perubatan | Tiada | Kekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa disebabkan paras bilirubin yang berlebihan dalam darah. |
| jaundice | jaundis | Perubatan | Tiada | Kekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa disebabkan paras bilirubin yang berlebihan dalam darah. |
| icterus | ikterus | Perubatan | Tiada | Kekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, yang diakibatkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan. Sin: jaundis |
| aureoline | aureolina | Kesenian | Tiada | Warna kekuningan kobalt |