Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelemahannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tragedytragediKesusasteraanTiadaBentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-5
performance analysisanalisis prestasiPendidikanTiadaProses menilai pencapaian pekerja atau pelajar dan mengenal pasti punca kelemahannya.
plan evaluationpenilaian rancanganSosiologiTiadaProses menganalisis beberapa rancangan atau projek untuk melihat dan membandingkan kekuatan dan kelemahannya.
defensiveness stylegaya pertahananPsikologiPsikologi UmumTindakan yang digunakan oleh seseorang untuk mengalihkan perhatian individu lain daripada menampakkan kekurangan atau kelemahannya yang boleh menimbulkan rasa malu atau bersalah.
plan evaluationpenilaian rancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses menganalisis beberapa rancangan atau projek untuk melihat dan membandingkan kekuatan dan kelemahannya.
dendrochronologydendrokronologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik pentarikhan relatif yang sesuai digunakan terhadap pokok sahaja. Pengiraan berdasarkan jarak atau ketebalan gegelang pokok. Kelemahannya dipengaruhi oleh iklim setempat dan sama ada terdapatnya pokok yang lebih tua untuk tujuan pembandingan usia seperti pokok sequoia dan pain. Teknik ini sesuai digunakan di kawasan beriklim sederhana dan sejuk.
normal forest, ideal foresthutan normalPerhutananTiadaModel hutan yang mendapai kesempurnaan yang berterusan di dalam setiap aspek serta memenuhi objektif pengurusan. Hutan normal lazimnya digunakan sebgai perbandingan dengan hutan sebenar bagi mengenal pasti kekurangan dan kelemahannya.
normal forest, ideal foresthutan normalPerhutananPengurusan HutanModel hutan yang mendapai kesempurnaan yang berterusan di dalam setiap aspek serta memenuhi objektif pengurusan. Hutan normal lazimnya digunakan sebgai perbandingan dengan hutan sebenar bagi mengenal pasti kekurangan dan kelemahannya.
automatic gain control (AGC)kawalan perolehan automatik (AGC)Teknologi MaklumatTiadaLitar elektronik pada peranti suara seperti perakam pita yang akan mengekalkan paras kekuatan suara dengan meningkatkan atau mengurangkan paras kekuatan suara bergantung kepada kekuatan input suara. Alat ini ada kelemahannya iaitu apabila seseorang berhenti bercakap, alat ini akan menguatkan suara hingar atau latar belakang. Selalunya ahli profesional menggunakan kawalan perolehan manual. Juga dikenali sebagai automatic level control.
bounded rationalityrasionaliti terikatPentadbiranPentadbiran Awam

Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

12

Kembali ke atas