Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelembapannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
powdered milksusu tepungMakanan dan PemakananMakananSusu yang dihasilkan dengan menyejatkan kandungan air dalam susu segar sehingga menjadi serbuk kering. Susu tepung mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada susu dalam bentuk cecair. Susu tepung tidak perlu didinginkan kerana kandungan kelembapannya yang rendah.
Gen bankBank genPertanianTiadaTempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
gene bankbank genHerbaBotani dan BioteknologiTempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.

Kembali ke atas