| kyphosis | kifosis | Gerontologi | Tiada | Keadaan bongkok yang disebabkan oleh kelengkungan spina melebihi kelengkungan normal. |
| Petzval curvature | kelengkungan Petzval | Fizik | Optik | Kelengkungan paksi imej bagi objek satah yang dihasilkan oleh sistem optik yang sama dengan hasil tambah semua permukaan optik dalam sistem yang diberikan oleh persamaan; R (1/n1 - 1/n) dengan (R adalah kelengkungan permukaan, n dan n1 adalah indeks biasan medium sebelum dan selepas permukaan). hasil Petzval. |
| Petzval condition | syarat Petzval | Fizik | Optik | Syarat yang ditentukan dalam sistem optik yang akan melenyapkan alberasi kelengkungan medan, jika kelengkungan Petzval terhapus. |
| occlusal curvature | kelengkungan oklusi | Perubatan | Tiada | Kelengkungan permukaan oklusi gigi-gigi bertentangan yang bersentuhan atau permukaan rim oklusi yang bertentangan. |
| radius of curvature | jejari kelengkungan | Kejuruteraan | Tiada | Jejari bulatan kelengkungan yang sepadan dengan sesuatu lengkung pada titik yang tertentu. |
| differential curvature | kelengkungan pembezaan | Geologi | Tiada | , dengan P1 dan P2 ialah jejari kelengkungan dua satah utama. |
| degree of curve | darjah kelengkungan | Kejuruteraan | Tiada | Satu ukuran nilai kelengkungan jalan raya atau jalan kereta api. Misalnya, ukuran sudut di pusat lengkung, untuk menyediakan lengkungan di sepanjang jalan raya. |
| lordosis | lordosis | Perubatan | Tiada | Kelengkungan ke dalam lumbar dan serviks spina, termasuk kelengkungan yang abnormal dan normal. |
| curved path | laluan melengkung | Geologi | Tiada | Kelengkungan sesuatu laluan sinar yang disebabkan oleh halaju yang berubah-ubah. Kelengkungan ini biasanya cekung ke atas kerana halaju bertambah mengikut kedalaman. |
| radius of curvature | jejari kelengkungan | Mekanik | Gunaan | Jejari bagi tembereng lengkok pembeza yang membentuk sesuatu lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza dengan setiap tembereng pembeza itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. Jejari bulatan ini merupakan jejari kelengkungan bagi lengkung berkenaan pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng itu. Simbol yang digunakan untuk jejari kelengkungan ialah p. |