Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam kayu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ketam kayuketam kayuKesenianTiadaAlat ukir daripada kayu, bermata besi, digunakan untuk meratakan bahan ukir sebelum diukir.
planingmengetamKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses meratakan dan melicinkan permukaan kayu dengan menggunakan ketam kayu atau mesin ketam.
alat ukiralat ukirKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk mengukir seperti pisau wali, pahat, gergaji sengat pari, cetar, ketam kayu dan sebagainya.
mengetammengetamKesenianTiadaProses meratakan dan melicinkan kayu atau papan ukir sebelum kerja mengukir dibuat dengan menggunakan ketam kayu.
bench planeketam bangkuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang digunakan di atas bangku atau meja semasa mengetam benda kerja. Ketam bangku dikelaskan kepada tiga jenis utama iaitu ketam pelurus, ketam pemula, dan ketam pelicin, dan tiap-tiap ketam ini mempunyai komponen yang sama, kecuali saiz dan fungsinya yang berlainan.
planeketamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada mata pemotong keluli tajam yang dipasang pada badan yang dibuat daripada kayu atau besi. Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan yang rata atau melengkung, atau permukaan bahagian tepi. Terdapat beberapa jenis ketam berdasarkan fungsi utamanya, seperti ketam bangku, ketam pelengkuk, dan ketam gigi.
spokeshaveketam pelengkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang mempunyai badan yang kecil dan pemegang yang secara relatifnya besar, dan digunakan untuk mengetam dan membentuk permukaan yang melengkung. Terdapat dua jenis ketam pelengkuk, iaitu ketam pelengkuk tapak rata, yang sesuai digunakan untuk mengetam permukaan yang berbentuk cembung, hujung kayu, pendek, dan untuk membentuk permukaan yang bulat, dan ketam pelengkuk tapak bulat yang digunakan untuk mengetam permukaan yang cekung.
wooden jack planeketam gubal kayuKesenianTiadaKetam gubal yang diperbuat daripada kayu.
routerketam gigiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam mudah alih yang digunakan untuk membulat dan membersihkan bahagian yang lebih rendah daripada permukaan benda kerja, seperti tanggam, lurah, dan kerja ukiran. Ketam gigi berjentera biasanya mempunyai motor kecil yang berkuasa hingga 1 kuasa kuda dengan kelajuaan putaran sehingga 25 000 putaran per minit. Kelajuan yang tinggi ini membolehkan mata ketam membuat potongan dengan cepat, tepat dan mudah serta memberikan kemasan yang bersih. Terdapat juga ketam gigi tak berjentera yang hanya digunakan untuk membuat lurah pada kayu.
jack planeketam pemulaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam untuk kerja am yang ukuran panjangnya 30 dan 38 cm. Ketam ini digunakan untuk mengetam kasar benda kayu sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki, dan mengetam bahagian tepi dan hujung kayu yang hendak disambung.
123

Kembali ke atas