| compound interest disease | penyakit bunga majmuk | Biologi | Patologi | Penyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas. |
| simple interest disease | penyakit bunga ringkas | Biologi | Patologi | Penyakit yang berpunca daripada sumber dan bilangan inokulum yang sama sepanjang masa dalam suatu musim tanam dan biasanya hanya mempunyai satu keturunan sahaja, contohnya ialah penyakit bawaan tanah. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga majmuk. |