Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewibawaannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theory of performing artteori seni persembahanKesenianDrama dan TeaterDasar yang menentukan kaedah mentakrif dan menilai hasil karya sesuatu bentuk persembahan supaya dapat diukur kewibawaannya. Teori seni persembahan merupakan satu cara untuk menilai estetika seni persembahan. Tokoh seperti Aristotle, Stanislavski, Andre Helbo, Richard Schechner, Rudolf Laban adalah antara mereka yang mengemukakan dasar untuk menilai dan mempraktikkan seni persembahan dalam sesuatu konteks dan tuntutan persekitaran.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson.

Kembali ke atas