| caudate lobe | lobus kaudat | Perubatan | Tiada | Lobus kecil hati, di kanannya vena kava inferior dan di kirinya lekatan ligamen gastrohepatik. |
| tonic neck reflex | refleks tonus leher | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas apabila memusingkan kepala bayi ke kanan, tangan kanannya akan lurus manakala tangan kirinya akan membengkok sedikit. Tindak balas ini untuk menguji fungsi neuron motor atasan. |
| frontal lobes | lobus frontal | Psikologi | Psikologi Umum | Lobus yang terletak di bahagian hadapan otak individu. Lobus ini mengandungi korteks motor yang mengarahkan lebih 600 otot badan menghasilkan gerakan terkawal atau voluntari. Pada bahagian kirinya terdapat kawasan Broca yang mengawal pertuturan. Individu yang cedera di kawasan tersebut akan menghadapi kesukaran untuk bertutur dengan baik. Kawasan lobus ini juga terlibat dalam aktiviti membuat perancangan, berfikir secara kreatif dan mempunyai inisiatif selain turut terlibat dalam kegiatan emosi. |
| Buys Ballot's law | hukum Buys Ballot | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hukum yang menerangkan perhubungan antara arah angin mendatar dalam atmosfera dan taburan tekanan. Sekiranya pencerap membelakangin angin di hemisfera utara, tekanan di sebelah kirinya lebih rendah daripada tekanan di sebelah kanannya. Di hemisfera selatan, perhubungan ini adalah sebaliknya. Hukum ini dirumus oleh Buys Ballot, ahli meteorologi Belanda, pada tahun 1857 sebagai kenyataan kualitatif persamaan angin geostrofi. |