| Maternal & Child Clinic | Klinik Kesihatan Ibu dan Anak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| maternal and child health clinic | klinik kesihatan ibu dan anak | Perubatan | Tiada | Tiada |
| maternal child health clinic | klinik kesihatan ibu dan anak | Kejururawatan | Tiada | Tempat yang memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada ibu dan anak. |
| patient and client management systems (P&CMS) | sistem pengurusan pelanggan dan pesakit (P&CMS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menyokong pentadbiran, pengurusan pesakit dan pelanggan sepanjang penjagaan kesihatan di klinik, hospital dan pusat rawatan komuniti. Kebiasaannya, sistem ini menggariskan enam langkah yang terlibat dalam pengurusan pesakit dan pelanggan, iaitu, pemeriksaan pesakit, penilaian data dan mengenal pasti masalah, penentuan diagnosis, penentuan prognosis, pelaksanaan penjagaan rawatan, dan pemeriksaan pesakit dan penilaian hasil rawatan. |
| brought in dead (BID) | mati ketika dibawa | Kesihatan Awam | Tiada | Kematian yang berlaku di luar premis atau fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik. |
| community health information network (CHIN) | rangkaian maklumat kesihatan komuniti (CHIN) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem antara organisasi yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyimpan, menghantar dan memindahkan maklumat klinikal dan kewangan. Maklumat ini boleh dikongsi dalam kalangan hospital, klinik, farmasi dan agensi kesihatan yang berkaitan. |
| ambulatory medical record (AMR) | rekod perubatan ambulatori (AMR) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang menyimpan data perubatan pesakit luar meliputi semua rawatan dan pembedahan. AMR ini juga merangkumi data perkhidmatan yang diberikan di luar hospital seperti klinik penjagaan kecemasan, klinik pakar dan rawatan di rumah. AMR ini boleh dicapai oleh doktor dan pengamal kesihatan yang berkaitan bagi mendapatkan data pesakit yang tepat dan lengkap. |
| outpatient service | perkhidmatan pesakit luar | Kejururawatan | Tiada | Rawatan yang diberi kepada pesakit yang tidak memerlukan pesakit bermalam di wad. Contohnya, pembedahan kecil atau pemeriksaan yang dijalankan di klinik atau di pusat kesihatan harian. |
| well women clinic | klinik wanita sihat | Kejururawatan | Tiada | Tempat yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada wanita yang sihat. |
| pathological waste | sisa patologi | Kejuruteraan | Tiada | Sisa yang boleh berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan awam contohnya sisa daripada hospital, klinik, makmal ubat dan sebagainya. |