Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kulit (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangat: sampil

2. Bersinonim dengan penutup: pembalut

Kata Terbitan : mengulit, menguliti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pellagrapelagraMakanan dan PemakananTeknologi MakananPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan niasin dan triptofan. Gejala pelagra ialah dermatitis atau radang kulit pada permukaan yang terdedah, gangguan gastrousus berserta cirit-birit dan gangguan sistem saraf pusat.
pellagrapelagraMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan niasin dan triptofan. Gejala pelagra ialah dermatitis atau keradangan pada permukaan kulit yang terdedah, gangguan gastrousus berserta cirit-birit dan gangguan saraf pusat.
dinitrophenol poisoningkeracunan dinitrofenolKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada dinitrofenol, iaitu sebatian yang digunakan sebagai insektisid dan herbisid. Dos parah akut adalah lebih kurang 1 g dan had pendedahan kepada bahan ini ialah 0.2 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam. Keracunan akut terjadi disebabkan sentuhan pada kulit, pengingesan atau penyedutan. Gejalanya termasuk demam panas, kelesuan, dahaga, loya dan muntah, peluh berlebihan, dan sukar bemafas. Gejala ini seterusnya berkembang menjadi anoksia berserta sianosis dan lividiti, akhirya terketar-ketar otot dan koma. Oliguria, hematuria, dan demam kuning mungkin terjadi akibat kerosakan buah pinggang dan hati.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan

Kembali ke atas