| pokok melaka | pokok melaka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Phyllanthus emblica daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung pokok laka, dan di Sabah ialah laka. Gubal dan teras kayu pokok melaka sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |