Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jur] | لنجور

Definisi : 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti; melanjurkan melanjutkan atau melewat­-lewatkan (masa, perbincangan, dll), me­manjangkan; terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran, dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati; telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasa­lah olehnya salah dirinya atas ~nya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jur] | لنجور

Definisi : ; melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. keterlanjuran 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjur
Kata Terbitan : melanjurkan, terlanjur, keterlanjuran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
afterpowerkuasa lanjurKejuruteraanTiadaKuasa reaktor akibat haba lanjur.
aftershockkejutan lanjurFizikTiadaTiada
aftergrowthtumbuh lanjurKejuruteraanTiadaTiada
aftershockkejutan lanjur , gegar penghujungGeologiTiadaGempa bumi yang mengiringi gempa bumi yang lebih besar atau kejutan utama, dan gempa bumi ini bermula berhampiran dengan, atau di fokus gempa bumi yang lebih besar.
overcompensationimbuhan lanjurPerubatanTiadaPenonjolan sesuatu reaksi yang berlebihan dalam diri seseorang, terutamanya untuk memenuhi dorongan nafsu untuk melebihi orang lain dalam banyak hal supaya dapat mengimbangi kompleks rendah diri.
after coolingpendinginan lanjurFizikTiadaTiada
after flowaliran lanjurFizikTiadaTiada
after heathaba lanjurFizikTiadaTiada
after effectkesan lanjurKomunikasi MassaTiadaTiada
after heathaba lanjurKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas