Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tan] | لنتن

Definisi : Mn ark; melantan menjaga, meme­lihara; ~ anak terlalu sangat memanjakan anak; ~ badan menjaga badan baik-baik; ~ kain memakai kain yg kasar utk menjaga kain yg bagus-bagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ranggongranggongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik, iaitu hap mulut. Ranggong diperbuat daripada daun dan bentuknya serupa dengan hap mulut yang lain. Alat muzik ini dimainkan oleh orang asli suku kaum Temiar di Kelantan. Lihat juga bungkau.

menoramenoraMuzikTiada

 Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Ke­lantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri.


Kembali ke atas