Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pid] | ليڤيد

Definisi : (Kim) kumpulan sebatian organik, antaranya termasuklah lemak dan lilin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pid] | ليڤيد

Definisi : ist kumpulan sebatian organik, mis lemak dan lilin, yg tidak larut dlm air tetapi larut dlm larutan organik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amphilic lipidlipid amfiliBioteknologiTiadaLipid yang mempunyai rantai penghujung hidrofili dan hidrofobi. Lipid jenis ini berupaya menyusun semula dengan hujung hidrofobik bertentangan membentuk dua lapisan lipid dan kepala hidrofiliknya mengarah keluar.
lipidlipidBioteknologiTiadaSebatian ester alkohol alifatik tinggi yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Sebatian ini merupakan sebahagian daripada bahan biologi yang terdapat dalam tisu hidup. Pengekstrakannya dapat dilakukan dengan menggunakan pelarut kutub rendah. Terdapat pelbagai jenis lipid, iaitu lipid ringkas (lemak, minyak, dan lilin), kromolipid, dan lipid kompleks.
lipidlipidPerubatanTiadaSekumpulan hidrokarbon yang heterogen, yang terdiri daripada lemak dan bahan seakan-akan lemak yang tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam larutan organik. Antara fungsi utama lipid ialah sebagai sumber tenaga simpanan dan juzuk struktur. Lipid terbahagi kepada beberapa jenis, misalnya steroid, asid lemak, lemak neutral, lipid majmuk dan lilin.
lipidlipidKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mengandungi hidrokarbon alifatik berantai panjang. Misalnya, lemak, lilin dan sebatian yang diterbitkan daripada lemak. Lipid tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut organik. Lipid digunakan sebagai sumber tenaga, dan merupakan juzuk penting struktur sel.
saponifiable lipidlipid tersabunkanKimiaBiokimiaLipid neutral yang dapat bertindak balas dengan bes seperti KOH untuk menghasilkan sabun beralkali (kalium oleat) dan gliserol.
lipidlipidHerbaPemiawaianSebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale).
lipidlipidHerbaFitokimiaSebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan air yang terhad dan boleh diekstrak daripada organisma dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub seperti heksana dan kloroform. Lipid dikelaskan kepada dua, iaitu jenis lelemak, minyak dan lilin yang mengandungi rangkaian kumpulan ester yang terhidrolisis, dan steroid seperti kolestrol yang tidak terhidrolisis. Hidrolisis lelemak, minyak dan lilin menghasilkan asid lemak. Contoh lipid ialah minyak kelapa dan lilin karnauba.
lipidlipidFizikTiadaTiada
lipidlipidPerubatanTiadaTiada
lipidlipidPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas