| shareware | perisian kongsi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh tertentu. Selepas tempoh tersebut, anda dikehendaki membelinya. Setelah anda membelinya, versi perisian terkini akan diberikan. |
| shareware | perisian kongsi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh tertentu. Selepas tempoh tersebut, pengguna dikehendaki membelinya. Setelah pengguna membelinya, versi perisian terkini akan diberikan. Banding perisian percuma, perisian domain awam |
| repurchase agreement | perjanjian beli semula | Pentadbiran | Tiada | Belian sekuriti perbendaharaan daripada peniaga sekuriti dengan perjanjian yang peniaga akan membelinya semula. |
| shareware | perisian kongsi | Pendidikan | Tiada | Perisian yang boleh digunakan percuma dalam tempoh ter-tentu. Selepas tempoh tersebut, anda dikehendaki membeli-nya. Setelah anda membelinya, versi perisian terkini akan diberikan. |
| short selling | jualan singkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penjualan sekuriti yang tidak dimiliki yang mesti dipinjam untuk tujuan penyerahan kepada pembeli yang kemudiannya mesti diganti semula dengan membelinya di pasaran. Tindakan penjualan ini diambil kerana pelabur menjangka harga pasaran akan turun. |
| التصرية | jual tasriat | Agama Islam | Fiqh | Jualbeli binatang berdasarkan pengeluaran susu yang banyak. Contohnya, menjual lembu susu yang tidak diperah beberapa hari untuk mengabui pembeli supaya membelinya. |
| information disclosure | dedahan maklumat | Ekonomi | Tiada | Penyampaian maklumat tentang keluaran dan piawaiannya kepada bakal pembeli dengan tujuan membuat pembeli itu lebih mengetahui, yakin dan mudah membuat keputusan untuk membelinya. |
| repurchase agreement (REPO) | perjanjian belian semula | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bentuk instrumen pasaran wang yang melibatkan jualan satu aset kewangan jangka pendek oleh seorang pelabur kepada pelabur yang lain, dan penjual bersetuju untuk membelinya semula pada satu tarikh yang ditentukan pada harga yang telah ditetapkan. |
| bai‘ wafa’ | jual beli gadai janji | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang mensyaratkan produk yang dijual ditebus oleh penjual dan dikembalikan harga asal kepada pembeli. Contohnya, pelanggan menjual barangan miliknya kepada pihak institusi kewangan pada harga tunai dan kemudian berjanji akan membelinya kembali dengan harga jual beli asal. Bai‘ wafa’ merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli bagi memenuhi keperluan masyarakat. |
| haqq syuf’ah | hak paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Kekuasaan yang dibenarkan oleh syarak pada individu atau entiti terhadap rakan kongsi yang menjual harta tak alih yang dimiliki. Contohnya, A berkongsi dengan B sebidang tanah dan sekiranya B ingin menjual bahagiannya, beliau mesti memberi keutamaan kepada A. Andainya B menjual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan A sedangkan A berminat untuk membelinya, maka hak syuf’ah menetapkan bahawa pihak ketiga terpaksa menjual semula kepada A. Jumhur fuqaha’ membataskan hak syuf’ah kepada rakan kongsi sahaja, sebaliknya mazhab Hanafi memperluas hak syuf’ah kepada rakan kongsi, jiran dan orang yang mendapatkan kemudahan awam di tempat itu. |