Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.buh] | ممبوبوه

Definisi : 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.buh] | ممبوبوه

Definisi : menaruh atau meletakkan sesuatu: Tanah itu dpt disuburkan kembali dgn ~ baja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membubuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scumblemelembutKesenianTiadaMembubuh lapisan nipis warna legap atau separuh legap pada permukaan lukisan cat minyak untuk mendapatkan kesan kusam dan bertekstur.
inkingpendakwatanKesenianTiadaProses membubuh dakwat pada plat cetak.
tagtag; tandaPerubatanTiada1. Membubuh atau melekatkan label pada sesuatu.,2. Ketumbuhan atau polip kecil.
dabpedap;; cecah (P.JAS)KesenianTiadaMembubuh cat atau dakwat pada plat cetak dengan pemedap untuk menetapkan dakwat atau cat tersebut.
saltingpenggaramanPentadbiran PerniagaanTiadaProses membuat atau membubuh garam pada sesuatu bahan.
relief printingcetak timbulKesenianTiada2. Proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak cetak dan bukan ke dalam alur turisan.
stipple paintinglukisan cat bintikKesenianTiadaLukisan cat yang dibuat dengan membubuh tompokan warna yang menggunakan hujung berus.
season (food)memperasakan (makanan)Pentadbiran PerniagaanTiadaMemberi atau menambah rasa pada makanan dengan membubuh bahan perasa seperti garam, lada sulah dan sebagainya.
topical anesthesiaanestesia topikalPerubatanTiadaKehilangan kederiaan pada sesuatu bahagian tubuh akibat pembiusan setempat yang dilakukan dengan membubuh agen pembius terus ke bahagian yang berkenaan, misalnya pada kornea.

Kembali ke atas