| metabolists | metabolis | Kesenian | Seni Bina | Golongan yang mempelopori seni bina metabolisme. |
| audio-visual movement | gerakan pandang dengar | Pendidikan | Tiada | Kumpulan yang mempelopori penggunaan bahan pandang dengar sejak tahun 1940-an yang menjadi salah satu asas perkembangan teknologi pendidikan. |
| digital start-up | pemula digital | Pendidikan | Tiada | Berkaitan dengan syarikat, usahawan dan sebagainya yang mempelopori sesuatu projek dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memberikan layanan kepada pelanggannya. |
| avant-garde art | seni avant-garde | Kesenian | Tiada | Kegiatan atau hasil seni lukis yang dikatakan mempelopori, bereksperimen dan mendahului zamannya. |
| overgeneralization | terlebih generalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Penggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap. |
| Aviation Industry Computer-Based Training Committee (AICC) | Jawatankuasa Latihan Industri Penerbangan Berasaskan Komputer (AICC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebuah organisasi antarabangsa yang mempelopori piawaian dalam pembangunan, penyampaian dan penilaian bahan latihan industri penerbangan berasaskan komputer. Piawai ini telah berkembang dan diterima pakai sebagai piawaian saling kendali kandungan e-pembelajaran dan telah menjadi asas kepada pembangunan piawai semasa seperti model rujukan kandungan objek boleh kongsi (SCORM), API pengalaman (xAPI) dan pengajaran terurus komputer 5 (CMI-5). |
| abstract expressionism | ekspresionisme abstrak | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni lukisan yang bermula pada tahun 1940-an di New York yang menekankan luahan perasaan melalui penggunaan warna, bentuk dan garisan yang bersifat abstrak. Antara tokoh ekspresionis Barat yang mempelopori gaya seni ini ialah Willem de Kooning, Jackson Pollock dan Arshile Gorky. Gaya seni ini telah mewujudkan satu pergerakan khusus di Amerika yang berjuang untuk mendapatkan pengaruh antarabangsa berkaitan dengan seni yang meletakkan bandar New York sebagai pusat seni dunia Barat. Istilah ini digunakan buat pertama kali untuk menggambarkan seni Amerika pada tahun 1946 oleh pengkritik seni, Robert Coates. Walau bagaimanapun, ia telah mula digunakan di Jerman pada tahun 1919 dalam majalah Der Sturm, mengenai bentuk lukisan abstrak Jerman. Sinonim pemujaradan perasaan batin. |
| Metabolism | Metabolisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni bina yang diwujudkan pada kurun ke-20 di Jepun. Gerakan ini mengamalkan seni dan falsafah seni bina bandar yang lebih menjurus kepada seni bina berskala besar dengan berkonsepkan pertumbuhan biologi, pembaharuan yang berterusan dan pertumbuhan organik di bandar. Antara arkitek yang mempelopori idea ini ialah Kisho Kurokawa dan Fumihiko Maki dan Kengo Tange. Contoh bangunannya ialah Nagakin Capsule Tower dan Tange�s Yamanashi Press and Broadcaster Centre. |
| Cubism | Kubisme | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni lukis dan seni arca yang menggambarkan sesuatu objek, termasuk bentuk manusia dan alam semula jadi dalam bentuk geometri. Gaya seni ini telah diperkenalkan oleh Pablo Picasso dan Georges Braque pada awal abad ke-20, yang telah memulakan revolusi lukisan dan arca di Eropah. Kedua-dua tokoh ini telah mempelopori kumpulan yang membawa pembaharuan avant-garde dalam karya seni mereka. Gaya Kubisme juga menonjolkan ciri ilusi tiga dimensi yang lut sinar serta mempunyai gambaran pergerakan. Selain itu, ia juga mengutamakan kesan warna yang bertenaga, jalinan yang pelbagai dan cara apresiasi yang bebas. Kubisme berhubung kait dengan gaya seni bina Art Deco dan seni bina moden yang mempunyai hiasan berbentuk prisma. |
| poetics | puitika | Kesusasteraan | Tiada | Teori penggubahan dan kritikan puisi. Dalam karya Poetics oleh Aristotle mengemukakan prinsip dan peraturan dalam penulisan dan kajian puisi. Walaupun puitika biasanya dikaitkan dengan puisi, namun Aristotle juga mengaitkannya dengan drama dan epik. Pada zaman moden, maksud puitika diperluaskan kepada teori umum tentang kesusasteraan. Formalis Rusia dan ahli linguistik dari Prague School mencadangkan puitika sebagai sains kesusasteraan yang menumpukan perhatian kepada sifat umum kesusasteraan itu. Ahli formalisme, iaitu Shklovsky dan Propp mempelopori analisis sistematis tentang struktur naratif dan mempengaruhi perkembangan puitika novel atau puitika fiksyen. Pada tahun 1950-1960, para pengkritik seperti Barthes dan todorov memperkemaskan puitika fiksyen dengna mengasimilasikan idea formalis Rusia dengan pendekatan strukturalisme. Mereka menghasilkan satu puitika yang dapat mengenal pasti ciri dasar dan konvensi semua teks dan bukan hanya teks individu. |