Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bat.kan] | منمبتکن

Definisi : mengikatkan (tali dsb) utk menambat sesuatu: Dia ~ tali rakitnya pd pohon itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menambatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
berthmerapatPerikananTiadaPerbuatan menambatkan kapal di tepi pelabuhan. Kapal boleh dirapatkan ke pelabuhan dengan menggunakan pelbagai cara mengikut kesesuaian arus dan ruang pelabuhan. Kebiasaannya, seutas tali dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian hadapan kapal dan kapal akan merapat perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah bahagian hadapan kapal berada pada jarak yang sesuai daripada tepi pelabuhan, seutas tali lagi dibaling ke atas pelantar pelabuhan dari bahagian belakang kapal dan badan kapal merapat secara menyisi perlahan-lahan ke tepi pelabuhan. Setelah rapat, beberapa tali lain diikat di antara kapal dengan tepi pelabuhan supaya kapal berada dalam keadaan stabil bagi memudahkan penumpang turun-naik atau memunggah barang.

Kembali ke atas