| password cracker | perekah kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang meneka perkataan yang mungkin digunakan sebagai kata laluan. Perisian ini menyulitkan perkataan yang diteka dengan algoritma penyulitan kata laluan seperti MD5 dan mencari persamaan dengan kata laluan yang tersulit. Perkataan yang diteka adalah kata laluan sekiranya terdapat persamaan. Contoh perekah kata laluan ialah Jack the Ripper. |
| password exhaustion attack | serangan kepupusan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang dilakukan untuk meneka semua kombinasi perkataan atau huruf yang digunakan sebagai kata laluan. Fail yang mengandungi kata laluan tersulit yang biasanya disalin dari tempat asal dan serangan dilakukan di luar talian dengan menggunakan perkakasan berkuasa tinggi. Serangan ini tergolong dalam jenis serangan hentam kromo. |
| cliffhanger | babak tergantung | Psikologi | Tiada | Situasi dalam cerita, drama, filem, dan lain-lain yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu tanpa dapat meneka atau mengetahui perkembangan seterusnya. |
| cliffhanger | babak tergantung | Komunikasi | Tiada | Situasi dalam cerita, drama, filem, dan lain-lain yang membuatkan penonton tertunggu-tunggu tanpa dapat meneka atau mengetahui perkembangan seterusnya. |
| password guessing | teka kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan oleh pengguna yang mencuba rentetan aksara, sama ada secara rawak atau daripada kamus untuk meneka kata laluan kepada sistem komputer. |
| ujian Turing | Turing test | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Ujian ini dicipta oleh seorang pakar matematik dan ahli sains bernama Alan Turing pada tahun 1950. Ujian Turing ini bertujuan menguji kecerdasan sesebuah mesin. Mesin tersebut dianggap cerdas sekiranya penguji (manusia) tidak dapat mengetahui sama ada dia sedang berinteraksi dengan manusia atau mesin. Senario ujian ini melibatkan seorang penguji yang berinteraksi melalui komputer dengan dua penghuni rahsia di dalam dua bilik berasingan. Setelah selesai interaksi, penguji perlu meneka bilik mana yang penghuninya komputer dan manusia. Jika penguji meneka bilik dihuni komputer itu ialah manusia, maka komputer itu dikatakan cerdas. |
| attacker dictionary | kamus penyerang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Set data dalam bentuk fail atau pangkalan data yang mengandungi semua perkataan atau ungkapan bahasa yang mungkin dijadikan sebagai ID pengguna atau kata laluan. Set data ini akan digunakan bersama-sama alat penggodaman sebagai bahan rujukan untuk membolehkan penggodam meneka dengan pantas kemungkinan pasangan ID dan kata laluan pengguna. |
| prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
| secure hash function | fungsi cincang selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Fungsi yang digunakan untuk mengira nilai ringkas, iaitu nilai cincang daripada data asal. Sekiranya data asal diubah, nilai ringkas yang terhasil juga akan berubah. Fungsi ini juga melindungi data asal dengan memastikan nilai ringkas tidak boleh dipalsukan untuk menggambarkan data asal yang terubah dan sebaliknya nilai ringkas tidak boleh digunakan untuk meneka kandungan data asal. |
| operation security (OPSEC) | keselamatan pengendalian (OPSEC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan. |