| maceration | perendaman | Herba | Pemiawaian | Proses menenggelamkan sampel herba yang telah dikisar atau dikecilkan saiznya dalam air atau pelarut tertentu seperti metanol, etanol dan heksana di dalam bekas tertutup dalam jangka masa tertentu pada suhu bilik. Proses ini dilakukan untuk mengekstrak sebatian metabolit bagi proses pemiawaian. Contohnya, proses merendam hempedu bumi (Andrographis paniculata) untuk menghasilkan ekstrak mentah. |
| negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
| deep-fat frying | goreng jeluk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah menggoreng dengan menenggelamkan makanan dalam minyak yang banyak. |
| empathy | empati | Kesusasteraan | Tiada | Daya menyelami dan memahami perasaan orang lain. Daya ini berlaku apabila pengarang atau pembaca menenggelamkan dirinya dalam pengalaman, perasaan dan sensasi yang dialami oleh objek yang ditulis atau dibaca, sama ada objek tersebut manusia, binatang, dan barang yang tidak bernyawa. Istilah ini diilhamkan oleh Hermann Lotze dari Jerman dalam tulisannya Microcosmus (1858) untuk membezakannya daripada simpati yang bermaksud perkongsian perasaan. Simpati bermakna terhenti, bersetuju dan membenarkan perkongsian perasaan tersebut, manakala empati melibatkan penyatuan diri dengan perasaan itu seterusnya bersemadi dengannya. Empati berasal daripada perkataan Jerman einfuhlung yang bermaksud �masuk merasakan� atau �turut merasakan�. |
| Arlesey bomb | pemberat gerak | Perikanan | Tiada | Pemberat berbentuk buah pear, yang mempunyai kili yang boleh dilalui tali. Pemberat ini berfungsi untuk menenggelamkan umpan dan mengelakkan ikan daripada mengesan rintangan pada pemberat. Sinonim ladung Arlesey. |
| barratry | baratri | Pelayaran | Tiada | Perbuatan yang dilakukan oleh nakhoda atau anak kapal yang merugikan pemilik kapal, penyewa atau pengeluar insurans seperti melarikan, meninggalkan atau menenggelamkan kapal. |
| deep flow technique | teknik aliran dalam | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman dalam sistem hidroponik yang menggunakan bekas berbentuk silinder, berdiameter 10 cm dan saliran air sedalam 2-3 cm atau lebih. Air dan nutrien dialirkan dengan menggunakan pam pada kawasan akar tanaman dan menenggelamkan keseluruhan akar tersebut. Kebaikannya ialah sistem ini tidak mudah kering walaupun pam rosak kerana air masih bertakung di dalam silinder tersebut. Teknik aliran dalam berbeza dengan teknik lapisan nutrien yang mempunyai lapisan air yang cetek dan mendedahkan akar kepada udara. Singkatan DFT. |
| setting the float | laras pelampung | Perikanan | Tiada | Kaedah menetapkan kedudukan pelampung bagi mengetahui kedalaman mata pancing yang sesuai. Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan simpulan pada tali pancing di bahagian atas pelampung supaya pelampung tidak timbul melebihi had simpulan. Pada bahagian berhampiran mata kail, terdapat satu pemberat yang akan menenggelamkan mata kail tanpa menyentuh bahagian dasar air. Sekiranya jarak di antara kail dan pelampung sesuai, pelampung akan terapung menegak sebaik sahaja kail dan tali dilontarkan ke dalam air. |