| gelintar harmoni | harmony search | Kecerdasan Buatan | Perancangan | Teknik gelintar metaheuristik yang diinspirasikan daripada proses penggubahan muzik, iaitu pemuzik memilih, mengubah suai atau mencipta nada baharu bagi mencapai keharmonian. Dalam gelintar harmoni, alkhwarizmi meneroka set calon penyelesaian dengan memilih atau mengubah suai calon sedia ada, atau menjana calon baharu secara rawak bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih baik. Proses ini diulang sehingga diperoleh penyelesaian optimum. |
| osteoplasty | osteoplasti | Perubatan | Tiada | Pembedahan untuk mengubah suai bentuk tulang. |
| alveoloplasty | alveoloplasti | Perubatan | Tiada | Pembedahan untuk mengubah suai batas alveolus. |
| update | kemas kini | Teknologi Maklumat | Tiada | Mengubah suai kandungan fail induk dengan maklumat terkini. |
| agiatamente (It) | agiatamente | Muzik | Tiada | Kebebasan mengubah suai tempo. |
| adaptive selling | jualan penyesuaian | Pentadbiran | Tiada | Amalan mengubah suai persembahan jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan. |
| make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. Selain itu, ubah rupa juga bertujuan untuk memberikan identiti dan kekuatan baru kepada objek dalam mempersembahkan citra kepada khalayaknya. Matlamat akhirnya adalah untuk menambahkan sokongan dalam bentuk penerimaan dan pengiktirafan dalam jangka masa tertentu. Prinsip ubah rupa mengakui bahawa secara semula jadi, manusia memiliki tahap penerimaan dan persetujuan terhadap sesuatu objek secara terhad dan dibatasi masa. Dalam komunikasi korporat, proses ubah rupa perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengatasi kekangan tersebut. Dalam situasi semasa, proses ubah rupa kerap dilakukan pada objek dalam industri hiburan, politik, perniagaan, dan penerbitan. Perubahan |
| make over | ubah rupa | Komunikasi | Korporat | Proses mengubah suai dan menukar rupa sesuatu objek daripada keadaan asal kepada sesuatu yang baru. Objek boleh berupa orang, bangunan, ruang dan persekitaran, serta bentuk sesuatu penerbitan (seperti buku dan majalah). Tujuan pengubahsuaian adalah untuk mencipta citra baru kepada objek tersebut supaya mendapat perhatian dan apresiasi khalayak. |
| gene editing | penyuntingan gen | STEM | Tiada | Teknik mengubah suai gen pada DNA organisma hidup untuk membaik pulih atau meningkatkan kualiti sesuatu ciri pada organisma tersebut. |
| hygrophyte | higrofit | Geografi | Tiada | Spesies pokok yang boleh mengubah suai pada bekalan air yang berterusan dan banyak. |