Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : duduk atau berbaring dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; berlunjur: Dia ~ di kaki lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengunjur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anvil cloudawan andasMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Awan yang bahagian atasnya mengunjur dalam bentuk andas. Bentuk ini biasanya terdapat pada awan kumulonimbus yang telah terbentuk sepenuhnya. Pembentukan andas selalunya menandakan kehadiran hablur ais atau emping salji. Awan ini mengunjur daripada awan induk akibat perubahan angin dengan ketinggian. 2. Sama dengan inkus.
rayrujiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAgregat sel yang mengunjur secara jejari dalam xilem dan floem. terdapat dua jenis sel ruji, iaitu ruji primer yang berasal daripada tisu primer dan berkembang mengikut pertumbuhan kambium, dan ruji sekunder yang berasal daripada kambium selepas pembentukan xilem sekunder. Ruji sekunder tidak mengunjur ke dalam sehingga ke kawasan empulur.
alcovealkofKesenianSeni BinaRuang kecil di dalam bilik yang mengunjur ke hadapan dan dibentuk melalui pembinaan dinding dan merupakan sebahagian daripada ruang bilik. Ruang ini lazimnya dibuat bagi menonjolkan keunikannya berbanding ruang-ruang lain, sama ada untuk menarik perhatian, sebagai tempat masuk utama, atau untuk mengelakkan bentuk ruang yang sama. Contohnya, ruang untuk meja bacaan, rak buku atau tempat�solat. Alkof berasal dari perkataan Sepanyol, iaitu �alcoba� atau dari perkataan Arab �alqubbah�. Sinonim petak mengunjur.
baypetak mengunjurKesenianSeni BinaLihat alkof.
projective transformationtransformasi mengunjurGeografiTiadaTiada
oversailing courselapisan mengunjurKesenianTiadaTiada
projection listeningpendengaran mengunjurEkonomiTiadaTiada
curling and stretchingmerengkok dan mengunjurPendidikanTiadaTiada
piedmontpiedmonGeografiTiadaCerun landai yang mengunjur kepada dataran-dataran luas daripada cerun gunung yang curam.
piedmontpiedmonGeologiTiadaCerun landai yang mengunjur kepada dataran-dataran luas daripada cerun gunung yang curam.
12345678910...

Kembali ke atas