Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.sa.ha.kan] | مڠوسهاکن

Definisi : 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.sa.ha.kan] | مڠوسهاکن

Definisi : 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tahjirtanda sempadanPerniagaan IslamTiadaTindakan menanda sempadan tanah terbiar melalui pelbagai cara. Pihak yang bertahjir diberi tempoh sehingga tiga tahun untuk mengusahakan tanah. Hak tahjir akan hilang sekiranya beliau gagal mengusahakan tanah dalam tempoh tersebut. Lihat juga ihya’ mawat.
entrepreneurusahawanSejarahTiadaOrang yang memulakan, mengusahakan, menguruskan dan menanggung segala risiko dalam sesebuah organisasi perniagaan.
extensive farmerpetani ekstensifGeografiTiadaPeladang yang mengusahakan peladangan ekstensif.
miscellaneous industryperusahaan aneka jenisGeografiTiadaIndustri yang mengusahakan pembuatan pelbagai jenis barangan sebagai hasil keluarannya.
fruit farmerpekebun buah-buahanGeografiTiadaPeladang yang mengusahakan ladang/ dusun buah-buahan.
factory workerpekerja kilangGeografiTiadaPekerja yang mengendalikan atau mengusahakan pembuatan barangan sesuatu perusahaan.
mudarabah mushtarikahmudarabah perkongsianPerniagaan IslamTiadaPersetujuan antara kedua-dua belah pihak pemodal dan pengusaha untuk melakukan satu lagi perkongsian dengan melantik pihak ketiga sebagai pengusaha bagi menguruskan atau mengusahakan perniagaan. Contohnya, pendeposit bank menyimpan wang melalui akaun pelaburan dan bank bertindak sebagai pengusaha. Pihak bank melantik pihak ketiga bagi menguruskan atau mengusahakan pelaburan.
primary industryindustri peringkat pertama; industri utamaGeografiTiadaIndustri yang mengusahakan bahan yang dibekalkan oleh alam semula jadi seperti pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan dan sebagainya.
licenseepemegang lessenPerhutananTiadaSeseorang yang memiliki surat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
licence of exploitationlesen pengusaha hasilanPerhutananTiadaSurat kebenaran untuk mengusahakan atau mengerjakan sesuatu atau sesebuah kawasan hutan.
123

Kembali ke atas