Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.al] | مڽوءال

Definisi : mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.al] | مڽوءال

Definisi : mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pembelajaran aktifactive learningKecerdasan BuatanPembelajaranKaedah khas pembelajaran mesin yang alkhwarizmi pembelajarannya berselia dan berulang-ulang. Pembelajaran aktif ini boleh menyoal pengguna (atau dari sumber maklumat lain) secara interaktif bagi melabel titik data baharu dengan output yang diingini. Keputusan untuk menyoal atau tidak bagi satu label tertentu bergantung pada kos melabel yang lebih kecil berbanding kos mendapatkan maklumat tersebut. Contoh alkhwarizmi pembelajaran aktif seperti persampelan terpilih berasaskan strim, persampelan berasaskan kelompok dan sintesis pertanyaan keahlian.
mutual questioningsaling menyoalPendidikanTiadaTiada
question timewaktu menyoalPendidikanTiadaTiada
misuses of questioningsalah menyoalPendidikanTiadaTiada
manner of questioningcara menyoalPendidikanTiadaTiada
technique of questioningteknik menyoalPendidikanTiadaTiada
structured interviewtemu bual berstrukturPendidikanTiadaSatu temu bual yang formal iaitu penyelidik menyoal mengikut soalan yang telah disusun.
PQ4RPQ4RPendidikanTiadaKaedah mengkaji teks yang melibatkan enam langkah iaitu pralihat atau tonton, menyoal, membaca, merefleks, membaca dan melihat semula.
OLQ (online query)OLQ (pertanyaan dalam talian)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka yang membenarkan pengguna menyoal pangkalan data secara spontan, atau mendapatkan laporan dengan menggunakan pertanyaan tertakrif.
Spin-N-ThinkPutar dan FikirPendidikanTiadaKaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kadbod yang terdapat anak panah dan boleh dipusing untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji.
12

Kembali ke atas