| total formation volume factor | faktor isi padu formasi seluruh | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu minyak dan gas pada keadaan reservoir terhadap isi padu minyak dan gas pada keadaan piawai. |
| two-phase formation volume factor | faktor isi padu formasi seluruh | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu minyak dan gas pada keadaan reservoir terhadap isi padu minyak dan gas pada keadaan piawai. |
| test separator | pemisah ujian | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pemisah minyak dan gas yang digunakan untuk memisahkan minyak dan gas yang terdapat bersama-sama di dalam arus aliran bendalir pengeluaran dari telaga baru. Bendalir pengeluaran yang diproses diperoleh daripada peralatan pengujian yang terdapat di daerah operasi pengeluaran dan umumnya kuantiti atau isi padu yang dipisahkan adalah relatif kecil. Digunakan untuk mendapatkan data tentang tabii bendalir pengeluaran dan daya pengeluaran telaga yang bersangkutan. |
| Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) | Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Penyedia perkhidmatan dan peralatan kepada industri minyak dan gas. |
| oil and gas separator | pemisah minyak dan gas | Kejuruteraan | Petroleum | Kelengkapan pengeluaran di permukaan yang digunakan untuk memisahkan komponen-komponen cecair daripada unsur-unsur gas yang terdapat bersama-sama di dalam aliran bendalir telaga yang telah dikeluarkan ke permukaan. Proses pemisahan yang terjadi berdasarkan kepada prinsip graviti, iaitu cecair yang lebih berat akan jatuh ke bahagian bawah dan gas yang lebih ringan akan naik ke bahagian atas. Berdasarkan kepada reka bentuknya, pemisah minyak dan gas terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pemisah minyak dan gas yang menegak, mendatar dan sfera. |
| flow treater | perawat aliran | Kejuruteraan | Tiada | Peralatan yang berfungsi sebagai pemisah minyak dan gas, pemanas minyak serta perawat minyak dan air. |
| flow treater | perawat aliran | Kejuruteraan | Petroleum | Peralatan yang mampu bertindak sebagai pemisah minyak dan gas, perawat minyak, dan sebagai perawat minyak dan air yang terlibat dalam operasi industri petroleum seperti operasi pengeluaran petroleum, operasi banjiran air dan lain-lain. Fungsinya bergantung pada penggunaannya, tetapi secara am peralatan ini berfungsi sebagai perawat minyak, air atau gas. |
| field processing | proses medan | Kejuruteraan | Tiada | Pemprosesan minyak dan gas yang dilakukan di medan. |
| anticlinal theory | teori antiklin | Geologi | Tiada | Teori yang menyatakan bahawa minyak dan gas cenderung untuk menumpuk dalam struktur antiklin. |
| oil and gas lease | pajakan minyak dan gas | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |