| essential oil concrete | konkrit minyak pati | Herba | Fitokimia | Minyak pati yang dihasilkan secara rendaman dengan pelarut organik seperti heksana lalu diruapkan sehingga semua pelarut organik disingkirkan. Konkrit minyak pati merupakan satu bentuk hasil minyak pati yang bermutu tinggi, terutamanya digunakan untuk membuat minyak wangi. |
| water distillation | penyulingan air | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan air. Bahan herba dididihkan dalam air dan campuran wap minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Penyulingan air ialah kaedah rasmi untuk menentukan kuantiti minyak pati dalam bahan mentah herba. Contohnya, penentuan nilai ekstraktif minyak pati dalam bunga cengkih dan minyak kayu putih. |
| steam distillation | penyulingan stim | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree. |
| volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |
| solvent-solvent fractionation | pemeringkatan pelarut-pelarut | Herba | Fitokimia | Proses pengeluaran sesuatu sebatian antara dua larutan yang tidak larut campur. Contohnya, pengasingan minyak pati daripada hasil penyulingan wap dengan cara menyekatkan minyak pati antara heksana dengan air. Minyak pati akan terlarut ke dalam heksana. |
| relaxant | relaksan | Herba | Pemiawaian | Agen yang dapat mengurangkan tekanan atau kesakitan, khususnya pada otot atau anggota badan. Minyak pati merupakan salah satu contoh agen relaksan yang dapat melegakan, menghasilkan rasa dingin dan segar. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus) dan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra). |
| hydrodistillation | penghidrosulingan | Herba | Fitokimia | Proses pengekstrakan minyak pati dengan menggunakan kaedah yang diubah suai daripada proses penyulingan stim. Dalam kaedah ini, bahan tumbuhan dididihkan bersama-sama air kemudian wap yang terhasil dikondensasikan. Hasil kondensasi berupa cairan dua lapis, iaitu air pada lapisan bawah dan minyak pati pada lapisan atas. Minyak pati kemudiannya dipisahkan daripada air. |
| aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Fitokimia | Tumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap. |
| aromatherapy | aromaterapi | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik. |
| cold pressing | penekanan sejuk | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba segar atau cecair ekstrak daripada residu bahan herba dengan cara penekanan pada suhu bilik. Contohnya, minyak pati daripada kulit buah sitrus dan ekstrak cecair daripada residu lidah buaya. |