| climate mitigation | mitigasi iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Lihat climate change mitigation. |
| climate change mitigation | mitigasi perubahan iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Aktiviti mengurangkan gas rumah hijau atau meningkatkan penyimpanan karbon dioksida untuk mencegah perubahan iklim. Sinonim climate mitigation. |
| carbon handprint | telapak karbon | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Kesan positif daripada aktiviti mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim yang dilakukan oleh syarikat atau organisasi melalui tindakan, produk atau perkhidmatan. |
| climate finance | pembiayaan iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Pembiayaan tempatan dan rentas negara yang diperoleh daripada sumber awam, swasta dan alternatif bertujuan untuk menyokong tindakan mitigasi dan penyesuaian bagi menangani perubahan iklim. |
| climate-related risk | risiko berkait iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Potensi risiko ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
| climate-related opportunity | peluang berkait iklim | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Potensi peluang ekonomi, teknologi, perkhidmatan dan sebagainya yang terhasil sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada tindakan mitigasi dan penyesuaian perubahan iklim. |
| thematic investing | pelaburan bertema | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Strategi pelaburan masa hadapan berdasarkan penyelidikan dalam bidang makroekonomi, geopolitik dan teknologi yang dijangka berkembang. Pelaburan ini mementingkan aspek kemampanan seperti teknologi bersih, pertanian mampan, penjagaan kesihatan atau mitigasi perubahan iklim. |
| sekuriti AI | AI security | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Amalan untuk memastikan sistem AI berada dalam keadaan selamat dengan meningkatkan ketahanan, keutuhan dan keupayaannya menghadapi serangan seperti nafi khidmat, peracunan data, penyisipan pintu belakang dan kecurian model. Amalan ini memberi tumpuan kepada mitigasi risiko dan penebatan ancaman yang boleh menjejaskan operasi dan kebolehpercayaan sistem AI. |