| المأمون | ma’mūn | Agama Islam | Hadith | lihat: لا بائس به |
| comic opera | opera komik | Muzik | Tiada | Opera yang mempunyai elemen jenaka. Opera jenis ini muncul pada abad ke-18 di Itali dan di Perancis. Plot ceritanya berkenaan peristiwa seharian dalam masyarakat. Muziknya digubah mengikut gaya popular semasa dan liriknya, iaitu libretto pula ditulis berdasarkan laras jenaka. Opera komik biasanya lebih pendek jika dibandingkan dengan opera jenis lain seperti opera seria. Opera komik juga merujuk kepada opera comique Perancis dan opera buffa Itali. Contohnya, he Devin du Village (1752) oleh Rousseau, Le Zite 'ngalera (1722) oleh Leonardo Vinci. |
| sonata form/sonata-allegro | bentuk sonata | Muzik | Tiada | Bentuk muzik yang penting pada Zaman Klasik. Bentuk sonata digunakan dalam pelbagai genre seperti sonata, muzik kamar dan simfoni.Bentuk ini biasanya dalam gerakan muzik pertama.Bentuk sonata terdiri daripada tiga bahagian, iaitu eksposisi, perkembangan dan rekapitulasi. Bahagian eksposisi memperkenalkan tema primer dalam nada tonik dan tema sekunder dalam nada berkaitan. Kedua-dua tema tersebut biasanya berbeza dari segi gaya dan suasana. Bahan transisi yang melibatkan modulasi terdapat antara tema primer dengan tema sekunder. Bahagian eksposisi tamat dalam nada berkaitan seperti nada dominan major atau nada submedian minor. Bahagian perkembangan mengembangkan bahan yang terdapat dalam eksposisi. Perkembangan rnerupakan bahagian yang mengalami beberapa modulasi secara berturutan. Bahagian rekapitulasi pula mengembalikan bahan dari eksposisi dalam nada tonik. Sebuah karya dalam bentuk sonata mun |