Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
ornithineornitinKimiaBiokimiaAsid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan.
reveal knowledgepengetahuan wahyuPendidikanTiadaIlmu yang diturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilih-Nya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
aerographyaerografiGeografiTiadaIstilah yang dikemukan oleh E. H. Rapoport pada 1973 untuk menghalkan kajian-kajian tentang julat-julat geografi takson contohnya subspesies, spesies, genus, famili, dsb.nya.
biological oxygen demandkeperluan oksigen biologiPertanianAgroteknologiKuantiti oksigen yang diperlukan oleh organisma aerobik untuk menguraikan bahan organik di dalam air. Keperluan ini dapat menentukan kadar pencemaran air oleh bahan organik. Sekiranya kandungan BOD-nya tinggi, maka ia menunjukkan kadar pencemaran yang tinggi dan begitu juga jika sebaliknya. Faktor yang mempengaruhi proses ini ialah suhu, air dan kandungan bahan organik. Contohnya, air sungai yang jernih mengandungi BOD di bawah 1 mg/L, air yang sederhana tercemar mengandungi BOD 2-8, dan air yang terlalu tercemar ialah 20 mg/L dan ke atas. Bagi air kumbahan yang tidak dirawat, kadarnya ialah 600 mg/L BOD. Singkatan BOD.
climate featureciri iklimGeografiTiadaPerihal sifat sesuatu iklim. Sifat ini di pengaruhi oleh unsur-unsur iklim di kawasan tersebut seperti suhu, kelengasan, kelembapan dsb.nya.
cyanidesianidaKimiaTiada1. Garam tak organik yang mengandungi ion sianida, CN‒. Sianida sangat beracun kerana keupayaan ion CN‒ nya untuk bergabung dengan ferum di dalam hemoglobin lalu menyekat pengambilan oksigen oleh arah. 2. Kompleks koordinatan logam yang terbentuk dengan ion sianida.
bitonalitydwitonalMuzikTiada

 Dua tonaliti yang berlainan berlaku secara serentak. Contoh­nya, tonaliti C major dengan F-sharp major wujud serentak dalam sesuatu karya. Dwitonal diperkenalkan pada awal abad ke-20. Contohnya, Petroushka (1910-1911) oleh Stravinsky. Lihat juga  politonal.

mail order advertisingpengiklanan pesanan posKomunikasiKorporatPengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal.
compound interest diseasepenyakit bunga majmukBiologiPatologiPenyakit yang berpunca daripada sumber inokulum yang meningkat dari semasa ke semasa dalam suatu musim. Oleh itu patogennya mempunyai beberapa keturunan dalam satu musim tanam. Pada penyakit ini, kadar pertumbuhan (r)nya dinyatakan sebagai: r = Log ( X/(1-X) ) X ialah proporsi bahagian tumbuhan atau individu yang sakit berbanding dengan yang sihat. bd. penyakit bunga ringkas.
123

Kembali ke atas