| brain fog | kabut otak | Psikologi | Tiada | Sindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus. |
| Taconian orogeny | orogeni Taconian | Geologi | Tiada | Diastrofisme berusia pasca-Ordovisi. |
| succession politics | politik penggantian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti. |
| Bretton Woods Agreement | Persetujuan Bretton Woods | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan antarabangsa pasca-Perang Dunia Kedua mengenai penstabilan kewangan, masalah ekonomi dan pembangunan dunia. Persidangan ini diadakan pada tahun 1944 di Bretton Woods, Amerika Syarikat. Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil 44 buah negara. Hasil persidangan ini semua pihak bermuafakat bagi penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia atau Bank Antarabangsa mengenai Pembangunan dan Pemulihan (IBRD). Keanggotaannya terbuka kepada semua negara. Setiap negara anggota perlu membayar yuran sama ada dalam bentuk emas atau nilai mata wang negara sendiri. |
| Bretton Woods Institution | Institusi Bretton Woods | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995. |
| barrier box | kotak sawar | Teknik | Elektrik | Kotak khas yang mempunyai gegendang pejal atau sawar penebat yang digunakan dalam pemasangan pembuluh di kawasan kalis nyala untuk mengedap pemasangan tersebut daripada bahagian tak kalis nyala. Sambungan di antara kedua-dua bahagian ini dilakukan dengan tamatan pasca melalui sawar tersebut. Sinonim kotak halangan. |
| verbless poetry | puisi tanpa kata kerja | Kesusasteraan | Tiada | Puisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian. |
| political decay | kebobrokan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun. |
| jazz poetry | puisi jaz | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang dibaca dengan iringan muzik jaz. Puisi ini berasal daripada balada Vachel Lindsay daripada puisi beliau yang bertajuk General William Booth. Pada tahun 1930, penyair Afro-Amerika, iaitu Langston Hughes mengadaptasikan bentuk puisi tradisional kepada irama jaz. Beliau percaya bahawa muzik Afro-Amerika ialah bentuk seni yang utama bagi bangsanya. Puisi jaz menjadi semakin popular di Amerika Syarikat pada tahun 50-an. Kumpulan penyair yang digelar The Beat Generation juga menyumbang kepada perkembangan puisi jaz. Pada tahun 70 hingga 80-an, iaitu era punk, pasca-punk dan new-wave, generasi baharu penyair jaz seperti James Berry dan E.F. Braithwaite terus mengembangkan bentuk puisi ini. |
| power sharing | perkongsian kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik. |