| nuclear fusion | pelakuran nukleus | Kimia | Tiada | Penggabungan dua nukleus ringan untuk membentuk nukleus yang lebih berat dengan pembebasan tenaga yang banyak tanpa sinaran yang memudaratkan. Suhu yang sangat tinggi diperlukan untuk memulakan proses pelakuran. Misalnya, tindak balas pelakuran yang berlaku dalam matahari ialah, dengan pembebasan 17.5 MeV tenaga. Proses pelakuran berlaku untuk nukleus yang mempunyai nombor jisim yang lebih rendah daripada ferum. Bdg. pembelahan nukleus. |
| selective fusion | pelakuran memilih | Geologi | Tiada | Pelakuran hanya sebahagian daripada suatu campuran. |
| fusion | cantuman; pelakuran; lakuran | Kimia | Tiada | 2. Pelakuran: Proses pertukaran pepejal menjadi cecair. |
| latent heat of fusion | haba pendam pelakuran | Farmasi | Tiada | haba pelakuran. |
| latent heat of fusion | haba pendam pelakuran | Kimia | Tiada | Lihat haba pelakuran. |
| fusion | cantuman; pelakuran; lakuran | Perubatan | Tiada | 1. Percantuman atau penyatuan dua struktur atau imej yang berhampiran.,2. Pelakuran: Proses pertukaran pepejal menjadi cecair. |
| lack of fusion (LOF) | kurang pelakuran (LOF) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran kimpalan yang terbentuk disebabkan oleh ketiadaan pelakuran antara logam kimpalan dengan logam induk. |
| heat of fusion | haba pelakuran | Kimia | Tiada | Haba yang diperlukan untuk menukarkan sesuatu bahan pepejal kepada cecair pada takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu. Tenaga haba ini digunakan untuk memecahkan struktur pepejal yang teratur supaya molekul dapat bergerak bebas dalam keadaan cecair. haba pelakuran molar ialah haba yang diperlukan untuk meleburkan satu mol pepejal. Sin. haba pendam pelakuran. |
| nuclear fusion reaction | tindak balas pelakuran nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Tindak balas untuk menggabungkan dua nukleus yang dimulai dengan memecutkan satu nukleus terhadap yang lain. Tindak balas ini membebaskan tenaga yang amat besar. Contohnya, pelakuran empat atom hidrogen bagi menghasilkan satu atom helium dengan membebaskan tenaga sekitar 26.7 MeV. |
| nuclear reactor | reaktor nuklear | Geografi | Tiada | Reaktor nuklear bagi tujuan pembelahan isotop uranium -235 dan pelakuran di mana suatu unsur lebih berat dibentuk melalui proses pelakuran beberapa unsur lebih ringan. |