| lighting arrester | penangkap kilat | Teknik | Elektrik | Peranti yang melindungi peralatan elektrik daripada bahaya voltan tinggi akibat kilat yang boleh menyebabkan kebakaran atau kerosakan alat. Peranti ini akan tersambung ke bumi apabila disambar kilat dan seterusnya mengalirkan voltan/arus tinggi itu ke bumi. Apabila keadaan pulih, alat ini seolah-olah tidak mempunyai sambungan ke bumi dan kembali kepada sifat asalnya. Ada pelbagai jenis penangkap kilat termasuklah penangkap kilat dawai pengaruh, penangkap kilat dawai yang diselaputi perak (untuk bangunan), dan penangkap kilat aerial. |
| pawn auctioneer | penangkap lelong gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembida yang berjaya mendapat barang gadaian yang dilelong semasa proses lelongan. Pembida atau penangkap lelong tidak boleh terdiri daripada penggadai dan ahli keluarganya serta orang yang muflis. Sekiranya perintah lelongan dilakukan oleh institusi, kakitangan institusi berkenaan dan ahli keluarga mereka tidak layak dipertimbangkan untuk menjadi pembida atau penangkap lelong. |
| air gap arrester | penangkap sela udara | Teknik | Elektrik | Penangkap kilat yang beroperasi berasaskan prinsip sela udara. Satu talian pengalir disambungkan ke bumi melalui sela udara. Apabila talian disambar kilat, voltan talian akan naik dan boleh mengatasi rintangan sela udara. Voltan arus kilat akan mengalir ke dalam sela udara dan terus dinyahcas ke bumi. Dalam keadaan biasa arus tidak mengalir dalam sela udara kerana rintangan sela itu tinggi mengatasi voltan litar. |
| sound pick-up | penangkap bunyi | Komunikasi | Tiada | Alat di dalam mikrofon yang berfungsi untuk menangkap tenaga bunyi daripada sumber tertentu. Setiap mikrofon mempunyai jenis penangkap bunyi yang berbeza yang boleh menangkap bunyi dari jarak dan kedudukan yang berbeza. |
| pawned auction form | borang lelongan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Borang yang disediakan oleh pegadai dan perlu diisi oleh penangkap lelong sebagai tanda kejayaan dan persetujuan membeli barang gadaian yang dilelong. Selepas mengisi borang tersebut, penangkap lelong dikehendaki menyerahkannya kepada pegadai dan membayar 10% daripada harga jualan sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. |
| arrester | penangkap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| catcher | penangkap | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| catcher | penangkap | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| catcher | penangkap | Sukan | Tiada | Tiada |
| core catcher | penangkap teras | Kejuruteraan | Tiada | Pegas keluli yang digunakan untuk menahan sampel pasir jatuh keluar dari pensampel tanah. |