| turbidostat | turbidostat | Bioteknologi | Tiada | Sistem pengawal aturan bilangan sel di dalam kultur selanjar mikroorganisma atau sel berdasarkan kadar pertumbuhan melalui pengukuran kekeruhan medium. Dengan cara ini, tahap kepekatan sel seperti yang ditetapkan (dikesan oleh sistem, foto elektrik) dapat diketahui dan seterusnya akan mempengaruhi kadar kemasukan medium segar ke dalam sistem. |
| repressor | represor | Biologi | Genetik | Protein yang terlibat dalam pengawal aturan gen dengan mengikat pada jujukan operator gen tersebut. |
| gene regulatory system | sistem pengawal aturan gen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gabungan rangkaian elemen pengawal atur gen (promoter, operator, penggalak dan silenser) yang berinteraksi antara satu dengan lain dan/atau dengan biomolekul lain untuk menentukan pengekspresan RNA dan protein. Sistem ini memainkan peranan penting dalam morfogenesis yang merupakan tunggak dalam evolusi biologi perkembangan. |
| allostery | alosteri | Kimia | Biokimia | Penukaran konformasi dan struktur kuartener protein seperti enzim, apabila ligan yang mempunyai berat molekul yang rendah mengikat pada tapak selain tapak aktif. Penukaran ini memainkan peranan yang penting dalam pengawal aturan enzim dan pengambilan oksigen oleh hemoglobin. |
| biological pump | pam biologi | Sains Marin | Tiada | Proses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. |