| penapisan kolaboratif | collaborative filtering | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Teknik dalam sistem pengesyoran yang mengelompokkan pengguna berdasarkan keserupaan ciri seperti kelakuan, minat, keutamaan, atau citarasa, dan seterusnya mencadangkan item yang selaras dengan corak pilihan kumpulan tersebut. Contohnya, jika dua pengguna A dan B dalam sekumpulan yang berminat pada item X dan Y yang sama, jika pengguna A pula berminat dengan item baru Z, jadi item Z akan disyorkan kepada pengguna B. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuk pengesyoran dalam filem, muzik, produk e-dagang dan kandungan pada platform media sosial. |
| recommendation | syor; pengesyoran | Pertanian | Tiada | Tiada |
| recommendation | syor; pengesyoran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| recommendation | syor; pengesyoran | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| recommendation system | sistem pengesyoran | STEM | Tiada | Sistem berteraskan model matematik dan algoritma yang mencadangkan produk atau perkhidmatan yang relevan berdasarkan sikap dan kehendak pengguna. |
| diagnosis and recommendation integrated system | sistem bersepadu diagnosis dan pengesyoran | Pertanian | Agroteknologi | Sistem yang digunakan bagi menentukan keperluan baja untuk sesuatu tanaman. Tanaman memerlukan nutrien seperti nitrogen, fosforus, kalium, kalsium dan magnesium untuk tumbesaran dan penghasilan. Sekiranya nutrien tidak mencukupi, ia akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda tertentu seperti pertukaran warna pada daun tumbuhan. Kemunculan tanda-tanda ini menunjukkan kekurangan nutrien berada pada tahap serius. Oleh sebab itu, sistem DRIS digunakan dengan mengambil sampel daun yang dianalisis di dalam makmal untuk menentukan kandungan nutrien. Kandungan nutrien daun akan dibandingkan dengan tahap kritikal yang telah ditentukan untuk tanaman berkenaan dan sekiranya kandungan nutrien daun adalah di bawah tahap kritikal, maka penambahan nutrien melalui baja atau semburan daun akan disyorkan. Sebaliknya, jika kandungan nutrien melebihi tahap kritikal, pembajaan tidak akan disyorkan. Singkatan DRIS. |
| penapisan berasaskan kandungan | content-based filtering | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Teknik dalam sistem pengesyoran yang memberikan cadangan item berdasarkan maklumat ciri atau kandungan daripada item yang sepadan dengan profil pengguna. Profil pengguna dibina mengikut data yang diambil daripada pengguna seperti interaksi atau keutamaan pengguna sebelumnya, sejarah penggunaan atau minat. Lihat juga penapisan kolaboratif. |
| DRIS | DRIS | Pertanian | Agroteknologi | Singkatan bagi diagnosis and recommendation integrated system. Lihat sistem bersepadu diagnosis dan pengesyoran. |
| kotak kaca AI | AI glass box | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Model AI yang mempunyai fungsi penjelasan mengenai bagaimana keputusan dihasilkan. Model ini bersifat telus, boleh ditafsirkan dan pengguna dapat memahami justifikasi keputusan yang diberikan. Contohnya, Sistem pengesyoran produk dalam talian yang menerangkan sebab sesuatu produk dicadangkan kepada pengguna untuk dipertimbangkan pembeliannya. |
| penaakulan lazim | common-sense reasoning | Kecerdasan Buatan | Taakulan | Kaedah penaakulan yang membuat inferens berdasarkan pengetahuan biasa, kelaziman dan andaian dunia nyata yang diterima akal. Penaakulan lazim ini meniru jenis inferens harian manusia, contohnya meramalkan tingkah laku berdasarkan kebiasaan atau memahami sebab�akibat mudah. Contohnya, sistem pengesyoran mungkin menggunakan pemahaman lazim tentang masa perjalanan dan minat pengguna untuk mencadangkan tiket penerbangan. |