| categorisation | pengkategorian | Sosiolinguistik | Tiada | Proses menyeluruh dalam pengorganisasian pengalaman manusia kepada konsep umum dengan label linguistik yang boleh diasosiasikan dengannya. |
| categorical education | pengkategorian pendidikan | Pendidikan | Tiada | Pendidikan yang memberi keutamaan kepada pengurusan yang berkaitan dengan ketidakupayaan atau kecacatan. Contohnya, pendidikan khas. |
| climatic year | tahun iklim | Geografi | Tiada | Pengkategorian data cuaca bagi satu tahun di sebuah tempat mengikut salah satu daripada kaedah pengelasan iklim. |
| genre | genre | Kesenian | Drama dan Teater | Pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. Dalam seni teater terdapat genre tragedi, komedi dan muzikal. |
| pengelasan teks | text classification | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses pengkategorian atau pemberian label secara automatik kepada suatu teks berdasarkan kandungan dan maknanya mengikut kelas yang ditetapkan. Contoh pengelasan teks adalah menapis e-mel yang diterima adalah spam atau tidak, mengkategorikan suatu pernyataan adalah benar atau palsu dan mengelaskan sentimen mesej yang diterima oleh pengguna. Teknik pengelasan teks lazimnya menggunakan teknik pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan pembelajaran mesin. |
| speech acts | tingkah pertuturan | Pendidikan | Tiada | Pengkategorian pengucapan berdasarkan fungsi dalam per-bualan. Contohnya penghargaan, perbalahan dan permintaan untuk tindakan. |