| Municipal Council | Majlis Perbandaran | Pentadbiran | Tiada | Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah daerah. Kuasa pentadbirannya terletak di bawah peruntukan kerajaan negeri. Kriteria asas yang perlu bagi penubuhan badan ini ialah hasil pendapatan tahunannya melebihi RM5 juta dan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang. Majlis ini bertanggungjawab di dalam merancang dan membangunkan hal ehwal tempatan di bawah bidang kuasanya. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh tidak kurang daripada lapan orang serta tidak melebihi 24 orang ahli. Contoh majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). |
| confederation | pergabungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada gabungan beberapa wilayah dalam satu unit politik. Walaupun bergabung, setiap wilayah masih mengekalkan darjah autonomi yang tinggi dalam urusan pentadbirannya. Dalam sistem ini, terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya bertindak sebagai penyelaras dalam struktur hubungan antara negeri-pusat dan juga antara negeri-negeri. Kerajaan negeri pula menguruskan hal ehwal dalaman. Contohnya, negara Jerman semasa era Wehmier pada abad ke-16 mengamalkan sistem ini. |
| autonomy | autonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status berkerajaan sendiri yang wujud di sesebuah wilayah atau masyarakat tanpa penguasaan kerajaan pusat. Konsep ini menjelaskan bahawa sesebuah negeri atau wilayah dalam sesebuah negara mempunyai hak persendirian untuk menguruskan hal-ehwal pentadbirannya. Wilayah ini mengurus sendiri bidang yang dikuasai seperti perundangan, pertanian, sumber alam, kerajaan tempatan dan sebagainya dengan peraturannya sendiri. Autonomi sesebuah wilayah disahkan melalui perlembagaan atau perjanjian dengan kerajaan pusat dan perjanjian ini perlu dihormati. Contohnya, Malaysia sebagai sebuah negara yang terbentuk daripada gabungan beberapa buah negeri yang memperuntukkan setiap negeri mempunyai autonominya sendiri dalam bidang tertentu. |