Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frost heavingpenyembulan ibunSainsHidrometeorologiPenjulangan permukaan oleh tindakan dalaman ibun yang hasil lampaunya ialah busut ibun. Kebanyakan penyembulan ibun didapati terhasil daripada pertumbuhan jisim berkanta ais dalam tanih. Kanta ais ini tumbuh melalui proses pemejalwapan dan juga dengan cara peleburan dan pembekuan semula. Ini dapat meningkatkan daya julangan yang kuat ke atas tanih, batuan, tiang dan kaki lima jalan yang ada di atasnya. Di kawasan luar kota yang mempunyai til glasier, batuan sembulan ibun kelihatan di permukaan setiap musim bunga. Keadaan tempatan yang membolehkan berlakunya konduksi haba dengan baik melalui batuan bawah permukaan di musim sejuk dapat memudahkan penumbuhan kanta ais di bawah batuan berkenaan.

Kembali ke atas