| equatorial bulge | bonjol khatulistiwa | Matematik | Tiada | Sisihan suatu jasad samawi daripada bentuk sfera yang disebabkan oleh putarannya. Contohnya, ukuran diameter khatulistiwa bumi ialah 7926.68 batu, manakala ukuran diameter kutubnya ialah 26.7 batu kurang atau 7899.98 batu. |
| point of inflection | titik lengkuk balas | Kejuruteraan | Tiada | Titik pada garis melengkung tempat garis tangen mengubah arah putarannya, iaitu apabila didekati dari sebelah titik itu, cerun tangen menaik dan apabila dijauhi pada sebelah yang satu lagi, cerun tangen menurun. |
| Foucault gyrocompass | girokompas Foucault | Fizik | Mekanik | Peranti kompas yang menggunakan konsep kecondongan jasad berspin untuk memelihara paksi putarannya pada arah tetap, terhadap tindakan daya luar. |
| Fizeau toothed wheel | roda gerigi Fizeau | Fizik | Optik | Roda bergerigi yang digunakan untuk mengukur halaju cahaya dengan menyelaraskan laju putarannya sehingga cahaya melalui satu bukaan gerigi, selepas dipantulkan balik oleh cermin akan masuk ke bukaan gerigi bersebelahan. |
| back- off joint | sambungan undur balik | Kejuruteraan | Petroleum | Potongan paip yang mempunyai hujung-hujung yang berulir yang berlawanan arah putarannya antara satu sama lain. salah satu daripada hujungnya mempunyai ulir yang berputar mengikut arah jam dan hujung yang satu lagi mempunyai ulir yang berputar berlawanan dengan arah jam. |
| yo-yo | yo-yo | Aeroangkasa | Tiada | Jisim penambat yang dilepaskan dari pelancar yang berputar untuk menambahkan momen inersia menyebabkan pengurangan kadar putarannya. |
| precession | liukan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kesan yang ditunjukkan oleh jasad berputar, misalnya giroskop, apabila kilas dikenakan padanya dengan kecenderungan mengubah arah paksi putarannya. 2. Gerakan kitaran nalar sistem dinamik, dengan semua koordinat kecuali satu, kekal malar |
| Jully-Fisher method | kaedah Jully-Fisher | Matematik | Tiada | Kaedah yang paling tepat untuk mengukur jarak ke galaksi lingkaran yang jauh. Kaedah ini menggunakan hubungan antara magnitud mutlak galaksi dengan halaju putarannya. |
| shell star | bintang petala | Matematik | Tiada | Bintang jujukan utama yang spektrumnya memperlihatkan garis pancaran cerah, kerana bintang itu kelihatan seperti dikelilingi oleh satu petala gas yang mungkin dilecit oleh bintang disebabkan oleh putarannya yang ligat. |
| lathe | bindu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang terdiri daripada gelendung yang berputar dan gerabak penghulur yang dilengkapi dengan mata pisau. Dalam penghasilan venir kupasan, balak yang dicengkam pada cuk gelendung berputar, mata pisau maju ke hadapan pada jarak yang ditentukan pada setiap putarannya. Jarak yang dipilih menentukan ketebalan venir yang dihasilkan. |